Warga Pendidik Terima Baik Pencalonan Semula Amzad

211

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – Rata-rata warga pendidik yang ditemui memberikan respon yang positif terhadap penamaan calon Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Menurut seorang guru, Nor Mardhiah Ahmad, 40, menyiatkan beliau seorang wakil rakyat proaktif dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Datuk Amzad sepanjang menjadi ahli parlimen pada sesi lepas menunjukkan prestasi yang cemerlang.

“Banyak juga bantuan yang telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah di Kuala Terengganu ini termasuklah sekolah saya,” katanya.

Nor Mardhiah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang diadakan Dewan Seminar Noor Arfa Craft Complex, semalam.

Majlis meraikan kelompok pengundi penting di kawasan parlimen ini dihadiri oleh kira-kira 80 orang para guru, sekitar bandar raya ini..

Selain Nor Madhiah, Cikgu Nur Jannah Abdullah, 54, berkata, Datuk Ahmad Amzad merupakan calon yang tepat untuk menjadi Ahli Parlimen berdasarkan pengalaman yang beliau miliki.

Beliau juga berharap agar nasib sekolah agama rakyat akan sentiasa diperjuangkan.

Manakala Adida Muhamud, 50, pula berpendapat kejayaan Datuk Ahmad Amzad menguruskan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan satu indikator bahawa pencalonan beliau satu keputusan yang tepat.

“Saya mengikuti perkembangan beliau melalui media sosial, memang kita dapat lihat kepimpinan dan caranya yang profesional dalam berurusan.

“InsyaAllah, ketokohannya ini akan memberikan impak kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor, isteri ADUN Ladang, To’ Puan Aida Tengah, isteri ADUN Wakaf Mempelam, Dr. Fadzilah Ismail dan Pengerusi NGO Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal. yang ditemu bual dalam program Hi Tea Bersama Warga Pendidik Kuala Terengganu