Warga Emas Terkilan Tidak Pernah Terima Bantuan

761


http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/DunBaganPinang5%20067.jpgMunah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Nah berusia 71 tahun tidak pernah mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan negeri.

Menurutnya, mereka yang seusia dengannya di persekitaran rumahnya yang beralamat di Lot 36 Tepi Sekolah Kebangsaan China Teluk Kemang disini, semuanya mendapat bantuan terutamanya menjelang Eidul Fitri.

”Saya tak pernah dapat, apa pun tak dapat, orang lain boleh kain batik, keperluan dapur, saya tak dapat,”keluhnya ketika ditemui.