Warga Emas Terkejut Ramai Datang Untuk Bersih Rumah

230

KUANTAN – Seorang warga emas terkejut melihat ramai petugas yang datang untuk membantu membersihkan rumahnya yang dilanda banjir beberapa hari lalu.

Nik Aishah Nik Mat, 66 yang tinggal di Taman Kasturi, tidak menyangka kumpulan dua puluh orang diketuai Ketua Kebajikan DUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun, datang dari jauh semata-mata untuk menolong beliau.

“Alhamdulillah, terimakasih banyaklah tolong bersihkan rumah mak cik,” kata ibu tunggal yang tinggal bersama dua anaknya yang menyara kehidupan dengan berniaga satay ikan.” ujarnya.

Dalam pada itu, Cikgu Alias Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Rantau Abang, menjelaskan pada Khamis, beliau bersama Misi Pasca Banjir Khidmat Malaysia Terengganu ditugaskan di Taman Perumahan tersebut.

“kami sampai dan berkumpul di Madrasah Darul Fikri, sebuah Madrasah yang diasaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Rosli Jabar dan di sini kami diberi taklimat.

“kami dibahagikan kepada lima kumpulan, selain di taman perumahan ditugaskan di Taman Guru dan Telok Mahang,” katanya.

Menurutnya, sukarelawan Khidmat Malaysia terdiri daripada anggota Jabatan Amal Malaysia(JAM), Kelab Permotoran Alternative(ARC) dan Ameerah DUN Rantau Abang serta Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun(PADAT).