Warga Emas Gembira Doktor Masuk Kampung

161

DUNGUN – Seramai sembilan orang warga emas yang rata-ratanya menghidap kencing manis dan darah tinggi, gembira menerima kehadiran doktor ke rumah mereka.

Kelsom Yunus yang menghidap kencing manis serta darah tinggi dan tinggal bersama anak perempuannya di Bukit Merah tidak menyangka doktor sudi datang ke rumahnya untuk memberi rawatan.

“Terimakasih doktor sudi mari rumah Mak Som, walaupun Mak Som setiap bulan gi ambil ubat di Klinik Kesihatan Bukit Besi, tapi bila jumpa doktor kat rumah ni, rasa bersemangat,’ kata Kelsom yang bahasakan dirinya Mak Som.

Mak Som berkata demikian ketika ditemui sempena Kunjungan Rumah Ke Rumah itu yang telah diadakan pada Sabtu 28 Jun di sini.

Program tersebut yang melibatkan enam PAS Cawangan dalam DUN Rantau Abang iaitu Padang Pulut, Bukit Merah, Kampung Wa dan Ladang Pinang Emas adalah anjuran Lajnah Kesihatan Muslimat PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Insan dan Keutuhan Keluarga, Muslimat DUN Rantau Abang.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Padang Pulut, Norizan Awang Besar turut melahirkan kesyukurannya hasil ziarah Kelthom Deris yang patah tulang rusuk setelah jatuh semasa diserang angin ahmar telah menerima katil boleh laras sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang.

“Alhamdulillah, sampai dah katil untuk Mak Cik Kelsom selepas ziarah bersama doktor,” katanya yang menghubungi pemberita semalam.

Turut menyertai rombongan ziarah berkenan ialah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN), Masturina Ab Ghani dan Harian Muslimat PAS DUN Rantau Abang