

Pelantikan itu dilakukan selaras dengan prinsip yang mahu membawa peralihan politik yang lebih liberal, tetapi masih mengekalkan kuasa dominan dalam pentadbiran di bawah parti pro-Islam, Ikhwan Muslimin.
Ketika kempen pilihan raya itu tahun ini, Mursi berusaha meluaskan sokongan dan meredakan kebimbangan penguasaan Ikhwan Muslimin dengan berjanji untuk melantik seorang individu wanita dan Kristian untuk menjawat jawatan naib presiden.
Namun, pengikut konservatif Islam yang digelar Salafi membantah pelantikan itu dan berkata, mereka tidak akan menerima naib presiden Kristian atau wanita, kerana golongan ini tidak dibenarkan berkhidmat sebagai ketua negara.
Awal bulan ini, Mursi melantik seorang hakim kanan, Mahmoud Mekki, sebagai naib presiden.
Namun, Isnin lalu, jurucakap kerajaan mengumumkan pembentukan pasukan presiden, merangkumi empat pembantu kanan dan 17 anggota majlis penasihat, termasuk tujuh daripadanya adalah anggota dari parti liberal dan 10 yang lain adalah kalangan pro Islam.





























