Wan Rosdi Ajak Rakyat Merdekakan Pengkalan Kubor

1345

TUMPAT – Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N.01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim mengajak seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha kempen.

Beliau menyeru semua pegundi Pengkalan Kubor untuk memilih PAS dalam pilihanraya ini dan katanya, beliau hanya wakil kepada parti tersebut.

“saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera yang terlibat secara langsung dalam gerak kerja penamaan calon,

wan rosdi“dan saya mengharapkan semua pengundi dalam DUN pengkalan kubor supaya dapat memberi undi kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mana saya mewakili PAS dan pakatan rakyat dalam pilihanraya ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sulongnya kepada orang ramai di Padang Pemahkotaan, Majlis Daerah Tumpat, sebaik disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebagai calon PAS yang akan bertanding.

Beliau berkata, PRK Pengkalan Kubor adalah medan terbaik untuk memerdekakan DUN tersebut daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“suasana ataupun ‘angin’ DUN pengkalan kubor ini telah pun naik………. jadi kalau kita tidak tingkatkan kerja-kerja kita , agak malang lah kerana ‘mood’ tu telah ada.

“Jadi kita menyeru kepada jentera di semua peringkat bagi meningkatkan gerak kerja kita, bagi kita merdekakan DUN ini daripada UMNO (dan) Barisan Nasional,”tegasnya.