Ketibaan Wan Ismail kira-kira jam 4.15 petang disambut oleh ahli keluarga serta beberapa pemimpin PAS Kelantan yang memenuhi perkarangan balai ketibaan lapangan terbang berkenaan sejak jam 3 petang lagi.
Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.
Bernama melaporkan Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu.



























