Wan Hassan Ajak Rakyat Dungun Bina Malaysia Sejahtera

332

KUALA TERENGGANU – Calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) PAS P039 Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengajak seluruh rakyat Dungun untuk membina Malaysia Sejahtera yang bersih dan stabil.

Beliau mempertahankan kerusi yang disandang pada PRU14 lalu, berharap agar para pengundi terus teguh mempertahankan Parlimen Dungun daripada dicemari parti lawan yang ‘keruh’ dan bermasalah

“Untuk semua rakyat Dungun terima kasih kerana telah memberikan amanah kepada saya dalam dua penggal yang lepas.” katanya menerusi media sosial miliknya selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15 di perkarangan Masjid Rusila sebentar tadi.

Menurut beliau, dengan penuh berat hati dan rasa bertanggungjawab menerima taklifan jemaah sebagai calon P039 Parlimen Dungun mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Saya sedar bahawa taklifan ini satu tugas yang cukup berat kerana setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah.

” Saya berjanji akan menunaikan amanah yang telah diberi dengan baik. Saya akan cuba buat sehabis baik dan bekerja sepenuh daya agar Dungun terus berdaya maju dan berdaya saing,” katanya