Walaupun Banjir Surut, Masih Perlu Berjaga-jaga

1374

KUALA TERENGGANU – Walaupun banjir dikebanyakkan tempat telah surut, namun portal kenyataan banjir negeri Terengganu masih mencatatkan angka 22, 617 orang yang masih berada di pusat-pusat pemindahan yang berjumlah 48 buah.

Pihak Jabatan Meteorologi menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter.

Ia akan terus berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.

satelit mstSelain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Orang ramai masih perlu berhati-hati, walaupun hujan tidal lagi turun dengan lebat, 14 dari 15 semua sungai di negeri Terengganu masih mencatatkan kedalaman air diatas paras bahaya.

Sungai tersebut yang merupakan stesyen-stesyen pihak Jabatan Pengairan dan Sairan (JPS) mengukur paras air mencatatkan, hanya sungai Cherul yang disukat di jambatan Banhoe dibawah paras bahaya.

Sejak banjir melanda pada jam 12.43 pagi, 2 Disember lalu, sehingga kini, daearah Kemaman masih mencatatkan angka perpindahan tertinggi seramai 19,869 orang dari 4,901 keluarga yang ditempatkan pada 39 pusat pemindahan.

Banjir yang berlaku pada tahun ini telah disahkan sebagai banjir yang paling buruk pernah melanda daerah itu, bahkan lebih buruk dari ‘banjir air merah’ pada tahun 1971.

Hampir keseluruhan kawasan DUN Chukai dan Bandar Chukai ditenggelami air, yang dilaporkan naik secara mendadak bermula pada jam 7 pagi 3hb Disember.