BESUT – Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad memohon prihatin dan cakna dari seluruh sahabat dan rakan taulan, agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ustaz Wan Ahmad Shukri Wan Isa.
Menurut Wan Azhar, Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut itu kini sedang dirawat di hospital Kota Bharu kerana disyakki telah dijangkiti demam denggi.
“(beliau) disyakki diserang deman denggi, kini dirawat di wad ICU, Hospital Kota Bharu, mula dibawa ke Hospital Daerah Besut sehari sebelum hari raya Edul Adha,
“(kemudian beliau) transfer (dipindahkan) ke HKB apabila keadaan semakin serius,”ujarnya
Ustaz Wan Azhar bergegas ke Hospital Kota Bharu sebaik tiba dari Mindanao, Filipina, setelah beliau berada di sana selama seminggu kerana menghadiri Ijtima’ Qurban.
Katanya beliau bersegera apabila mendapat makluman dari mantan Setiausaha PAS Kawasan Besut, Aminuddin Muhammad Ali.


























