Ustaz Wan Kekal YDP KT

146

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Negeri YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menang tanpa bertanding sekaligus mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu bagi Sesi 2021-2023.

Sementara Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim turut menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu dalam pemilihan secara atas talian dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kali Ke 46 di Markas Tarbiyah PAS Kawasan itu di Kuala Ibai di sini hari ini.

Turut menang tanpa bertanding, Ustaz Hamzah Ngah sebagai Naib Yang Dipertua PAS, Ustaz Suhaimi Taib, Pengerusi Tetap dan Ustaz Mohd Nafizul Ismail, Timbalan Pengerusi Tetap, dua orang pemeriksa kira-kira, Mohd Zaim Azfar Mohamad dan Rohani Ramli.

ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mendahului senarai pemilihan 16 ahli jawatankuasa yang dipertandingkan.

Diikuti oleh Ustaz Mohd Soud Said, Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Ustaz Ahmad Kamal Ali, Ustaz Wan Faizul Wan Abas, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak, Ustaz Aidil Adha Tahir, Mohd Al Ghazali Abu Bakar, Dr Mohd Hamdan Mohamad.

Norfaizan Nordin, Azizah Mahmood, Ustaz Azmi Mohd Yasin, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Rahimah Muda, Mohd Azrin Mohd Aris dan Mohd Nordin Ali.

Mesyuarat agung berkenaan diadakan secara atas talian mengikut SOP yang ditetap kerajaan.