Ustaz Salleh Man Calon PAS

909

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Ustaz Salleh sebagai calon PAS dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, semalam.

Ustaz Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

(Gambar – Ustaz Salleh (kiri) memberikan ucapan setelah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir)

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/isytiharcalon1.JPGSementara itu sebagai ‘kick-start’ program pilihanraya kecil Permatang Pasir  satu program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) Program tersebut adalah seperti dibawah;.

“Anwar akan jawab siapa pengkhianat melayu”

Program 1 :

Pelancaran jentera dan bilik gerakan pkr pilihanraya kecil dun permatang pasir

Tempat : permatang pasirhttp://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/08/ppasir.gif

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah :

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YAB Lim Guan Eng

3) YB Prof Mansor Othman

4) YB Saifudin Nasution

5) Ybhg Haji Mohamad Sabu

6) YB Dato’ Zahrain Hashim

Program 2 :

ceramah perdana

Tempat : taman cermai, permatang pauh

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3) YB Lim Kit Siang

4) Ybhg Haji Mohamad Sabu