Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
“Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini,” jelasnya.



























