Saya mula mengenali beliau sejak tahun 1987 lagi, iaitu ketika beliau bersama-sama saya mnduduki ujian temuduga Ma’ahad Darul Quran, Rusila, Terengganu. Pada tahun berikutnya 1988 sehingga 1994 kami bersama-sama bejar di sekolah yang dinaungi oleh tokoh ulama tersohor, Dato’ Seri Tuan Guru Adul Hadi Awang itu.
Sepanjang pengajian beliau, mamang terkenal sebagai pelajar yang sangat cemerlang dalam pelajaran, disamping beliau juga aktif dalam persatuan pelajar yang menyerlahkan bakat kepimpinannya.
Setelah menamatkan 4 Thanawi (setaraf STAM) dari Ma’ahad itu, Ustaz Ahmad Nazri berangkat ke Syria bagi melanjutkan pelajarannya di sana. Apa yang mengagumkan saya semasa di Syria ialah, beliau seorang yang sangat menjaga waktu dengan menyusun jadual harian, rapi dan begitu padat sekali.
Di samping beliau mengikuti kelas di Universiti Ulum di sebelah petang, pada waktu pagi beliau mengikuti kelas pengajian secara mustami’ di Universiti Damsyik. Sebelah malam pula beliau berulang alik dari satu masjid, ke masjid lain, bertalaqqi kitab dengan para ulamak muktabar di sana. Di celah-celah itu juga beliau masih sempat menghafal 30 juzuk kitabullah al-Quran dalam tempoh lebih kurang 2 tahun sahaja.


Satu pencapaian yang mungkin kebiasaannya memerlukan puluhan tahun masa pengajian tetapi beliau mampu melakukannya dalam waktu yang singkat. Sikap beliau itulah juga memotivasikan diri saya untuk bersaing dengannya.
Ketika belajar di Mesir pula, beliau dianggap sebagai ‘tok guru’ di kalangan para mahasiswa kerana beliau sangat aktif dalam mmbantu para asatizah di sana dengan kelas-kelas tambahan dan menjadi tempat rujukan kebanyakan pelajar terutamanya di kampus universiti al-Azhar cawangan Damanhur.
Setelah pulang ke tanahair, beliau banyak menerima tawaran jawatan-jawatan yang penting di bidang agama dan pendidikan, tetapi beliau seringkali berbincang dengan kepimpinan dan sahabat-sahabat, kerana bimbangkan kerjayanya menjadi penghalang kepada kerja-kerja dakwah dan perjuangan.
Akhirnya beliau tekad untuk mewakafkan diri dengan perjuangan walaupun mempunyai kelayakan untuk bekerja dengan jawatan yang dibayar gaji yang lumayan.
Bagi diriku pula kini ,beliau merupakan sahabat, guru, tempat rujukan masalah-masalah agama dan perjuangan.
Kini beliau diamanahkan menjadi menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin dan kelmarin, beliau dipilih menjadi calon PAS bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Rompin.
Siiru ala barakatillah.
Coretan sahabatmu.
Khairul Azmi Ismail
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang





























