Ustaz Ja, Perginya Tokoh Murabbi Tarbiah

486

DUNGUN – Almarhum Ustaz Jamaluddin Jusoh Al Hafiz atau Ustaz Ja adalah seorang tokoh murabbi tarbiah yang telah memberi kesan besar kepada pembinaan jamaah, generasi pelapis dan masyarakat setempat.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang meluahkan rasa penuh dukacita diatas pemergian Ketua Tarbiah PAS Kawasan itu dan kehilangan insan yang penuh komitmen, akhlak, serta kesungguhannya dalam dakwah menjadi teladan kepada ramai.

“Walau jasad beliau telah pergi, namun amal tarbiah, akhlak mulia, dan ruh perjuangan yang beliau semaikan akan sentiasa hidup dalam diri kami,” katanya .

Almarhum yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu telah menghembuskan nafas terakhir pada pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan, 12 Disember 2025 pada pukul 6.12 pagi di rumahnya di Kampung Pinang Merah Paka di sini

Menurut Ahli Parlimen Dungun itu juga, Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang pendidik dan pemimpin yang berwibawa di Dungun, bahkan namanya turut harum di seluruh negeri Terengganu.

“Anak-anak murid Almarhum akan terus menjadi legasi yang menyambung amal jariahnya, Insya-Allah,” ujarnya.