Terengganu, Malaysia
Rencana

Jangan Kejar Kemewahan Dunia Hingga Abaikan Akhirat

masjid rusila

Umat Islam diingatkan supaya tidak terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga mengabaikan kewajipan agama dan persiapan menghadapi kehidupan akhirat.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT termasuk harta, kesihatan, pekerjaan dan kedudukan seharusnya dimanfaatkan sebagai bekalan menuju kehidupan selepas kematian.

Menurutnya, Islam tidak mengajar umatnya meninggalkan urusan dunia, sebaliknya mendidik supaya setiap urusan kehidupan dijadikan sebagai ibadah.

“Setiap urusan seperti bekerja, mencari rezeki, mengurus keluarga dan membantu masyarakat boleh menjadi amal soleh apabila dilakukan dengan niat yang betul serta tidak melanggar perintah Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, di sini.

Ustaz Abdul Hadi berkata, sesibuk mana sekalipun seseorang dengan urusan dunia, kewajipan solat dan hubungan dengan Allah SWT tidak seharusnya diketepikan.

“Dunia menjadi bernilai apabila ia membawa kita semakin dekat kepada Allah, bukan semakin jauh daripada-Nya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam menggunakan segala nikmat dan peluang kehidupan yang masih diberikan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, membantu golongan yang memerlukan serta mempersiapkan bekalan menuju akhirat.

Katanya, manusia tidak seharusnya menunggu sehingga ajal tiba untuk menyedari hakikat kehidupan sebenar kerana pada ketika itu peluang untuk beramal telah pun berakhir.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan