Usia Senja Pun Wajib Belajar Solat

221

KUALA NERUS – Walaupun mencecah usia senja, setiap orang Islam wajib belajar dalam membaiki ibadah solat samada rukun qauli(bacaan) atau fe’el (perbuatan).

Mengulas lanjut, Ketua Alimat, Muslimat PAS Negeri Terengganu , Ustazah Kimrufirdaus Hassan menjelaskan salah satu dari tanda Allah mengasihi hambanya, mereka dipanjang usia.

“Diberi peluang dan ruang untuk memperbaik diri dan ibadah, rebutlah peluang yang masih tersisa,

“dengan kesempurnaan solat, kita akan memperoleh pahala sunat disamping menyempurnakan yang wajib, kita hendaklah berhati- hati dalam kesemua rukun solat itu,” , ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengendalikan Program Tahsin Solat di Masjid Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini pada 26 Mei.

Program anjuran Alimat, Muslimat PAS Kuala Nerus itu diadakan di keempat – empat DUN di kawasan itu.

Ketuanya, Ustazah Hasmah Salleh berkata dengan penerangan yang terperinci daripada penceramah, pihaknya sangat berpuas hati dan berharap ianya berjaya membantu muslimat melaksanakan ibadah solat dengan lebih baik lagi.

“Dengan memberi gambaran atau cara perlaksanaan rukun fe’ el dalam solat dari awal hingga akhir “salam”, “katanya yang dihubungi semalam.