Usaha Murni Yayasan Amal Dihargai

741

Usaha murni Yayasan Amal, membantu pelarian muslim dari Eritrea dan Habsyah di wilayah Kassala dan Ghadarif, Sudan, mendapat perhatian dari pihak kedutaan Malaysia di negara Arab Afrika itu.

Pegawai Kedutaan, Mohd Syazril Suhaimi mengalu-alukan langkah yang diambil Yayasan Amal memilih Sudan sebagai destinasi misi kemanusiaan.

“Hari ini saya nak berkongsi (gembira)…….saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan (Yayasan Amal) memilih Sudan sebagai destinasi kerana sudan adalah negara seIslam, (sama) dengan kita,

“dan seperti yang datuk (duta) ucapkan sebelum ni pun kalau ada masalah apa-apa dia pun minta bantuan dengan (dari) Malaysia,”katanya.

Syazril selaku Setiausaha (1) Politik berkata demikian ketika di temui di premis Kedutaan di sini, pada Selasa 7 Oktober.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas sempena kunjungan hormat deligasi Yayasan Amal.

Mengulas tentang kehidupan rakyat Sudan, beliau berkata, perbezaan sangat ketara antara penduduk di bandaraya Khartoum, dengan penduduk di luar bandar.

“orang Sudan ni….. tengok kat Khartoum okay, tapi kalau keluar sikit tu…..nampak perbezaan dia jauh sangat. Orang kaya…….kaya sangat, orang miskin…..angat miskin.

“sampai saya ada dengar yang paling basic (asas) seperti air yang kita guna untuk buang air besar tu pun sangat tidak mencukupi, tandas pun tiada.

“luar daripada Khartoum ni. Saya rasa lebih daripada 60 percent kalau mengikut UN (PBB) punya kajian,”jelasnya.

Oleh itu, kata beliau, memang ada rakyat Sudan yang memohon bantuan dari rakyat Malaysia, antaranya untuk membina sekolah.

“tengoklah bantuan yang kita nak salurkan………. Jadi setakat ni saya rasa terima kasih sangat,”tambahnya.

Sebelum itu, Ketua delegasi Misi Kemanudiaan Yayasan Amal Dr Suhazeli Abdullah berkata, Misi Korban di Kassala dan Ghadarif teah berjaya di laksanakan.

Menurutnya delegasi Misi Kemanusiaan Antarabangsa Yayasan Amal dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh Dr Suhazeli di Kassala dan Ustaz Wan Sukairi di Ghadarif.

“pada hari pertama, ahad 5 Oktober, sebanyak 200 ekor lembu dan 330 ekor kambing yang telah diamanahakan oleh seluruh rakyat Malaysia, telah disempurnakan.“

“bakinya sebanyak 200 ekor lembu dan 335 ekor kambing disembelih pada hari keduac6 Oktober, dan 60 ekor lembu lagi disembelih di wilayah bergolak Darfur,“ujarnya.

Dr Suhazeli berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada pihak Kedutaan Malaysia.