Usaha Melaksanakan Hudud Akan Lebih Bersungguh

1063

Bukan semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baharu dipilih adalah dari kalangan mereka yang berpendidikan Islam.

Naib Presiden Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gabungan kepimpinan itu juga bercampur-campur juga, sebagaimana biasa.

“Cuma hanya wajah sahaja yang berbeza,” katanya.

Ramai yang beranggapan ‘team’ baru itu akan menjadikan usaha untuk melaksanakan hudud semakin mudah.

Namun, tidak juga, kata beliau kerana menurutnya ia bergantung kepada kuasa di pusat dan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

“Jadi, kalau kita betul-betul nak buat, kita kena dapatkan kuasa di pusat dahulu. Cuma usaha itu (untuk melaksanakan hudud), mungkin akan lebih bersungguhlah daripada masa yang telah lepas,”jelasnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak media.

Berikut adalah beberapa persoalan dan jawapan beliau

Soal; Macam mana sekarang kita lihat jawatan kuasa ini semua golongan ulama’??

Jawab ; Siapa kata semuanya?bilang dahulu.macam dahulu juga.

Soal; Adakah usaha untuk mendapatkan undi daripada golongan bukan islam akan menjadi lebih sukar sekarang??

Jawab ; Saya tengok yang pertama adalah dasar kita..siapa pun yang pegang jawatan, kalau dasar itu, dasar yang boleh diterima, kita tidak ada masalah. Kita dikelantan dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ulama’. Pakai serban, pakai jubah, tapi orang bukan islam boleh terima. Jadi tak ada perkara berbangkitlah. Bagi saya, ia tidak berbangkit.

Soal; Jadi bagaimana dengan kerjasama dengan DAP pula selepas ini??

Jawab; Kita dah bagitahu. Dah ada usul. Tapi usul ini belum diluluskan oleh muktamar. Kita tengoklah dahulu macam mana.biasany akan dibentangkan dalam muktamar dan akan dibuat keputusan. Kita tengoklah.

Soal; Bolehkah PAS berdiri bersendirian??

Jawab; Bukan bersendirian, kita masih ada PKR. Kita masih dalam PR. Cuma usul itu adalah kita memutuskan hubungan dengan DAP. Sebab DAP pun dah isytihar tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PAS. Di Sarawak, DAP dah memutuskan hubungan. Jadi, itu bukan benda yang baru