Oleh KAM
KUALA TERENGGANU – Ahli-ahli dan penyokong PAS diingatkan agar tidak mudah terperangkap dengan dakyah musuh yang cuba menjarakkan hubungan antara PAS dengan masyarakat non-muslim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pelbagai tomohan dan perang saraf musuh kepada PAS.


“Dekat dengan pilihan raya (PRU14) ini macam-macam tomohan dan perang ‘saraf’ digunakan kepada PAS. Antaranya, (sebab) jika orang Cina masih menyokong pembangkang ianya akan memberi kesan kepada parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Perang sarat itu disebar supaya orang percaya dan dia mahu kita (PAS) meninggalkan golongan Tionghua ini.
“Jika kita (PAS) terperangkap dengan dakyah mereka (musuh), kita akan rugi dari segi politik. Tak rugi kita (PAS) buat baik kepada sesiapa dan bukan kita raikan upacara keagamaan. Tapi kita raikan kebudayaan mereka setiap tahun sempena tahun baharu dia (Cina),” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas program Agihan Limau Semena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Kampung Tiong, Kampung Cina, Kuala Terengganu, pagi tadi.


“Mereka (Tionghua) melihat, orang PAS ini meraikan (budaya) mereka. Jadi dalam konteks dakwah dibolehkan.
“Mereka pun suka dengan cara kita ini. Tanda kita (PAS) juga memperingati dan meraikan kaum Tionghua. Kita berhasrat untuk menjadikan ini program tahunan kita bersama dengan mereka,” jelasnya yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Justeru, katanya tidak menjadi satu kerugian kepada PAS dari sudut politik dan dakwah kerana meraikan kebudayaan kaum lain.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS (YDP) Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah Mohammad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajah Wan Fatimah Wan Abdullah dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kuala Terengganu, Zulaida Idris.
https://youtu.be/5sx6s6082m4




























