Untuk YB Umno Berpuluh Ekar, Untuk Rakyat 3 Pokok?

2014

SETIU – “3 pohon sawit boleh RM150 sebulan? Hahaahaaa… ni kerja pelawok! Sawit baka apa dia tanam tu sampai buah banyak gitu sekali? Kalu ada sungguh, kita pun nak tanam jugok!” ujar Idris Mustafa  [Gambar kiri] dari Kampung Bukit Tanah Jabi apabila ditanya tentang projek Umno yang diusahakan oleh bekas wakil rakyat Jabi Ramlan Ali.

IdrisaMalang bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, dakwaan ‘bohong’ itu dipertahankan pula sebagai usaha sangat berjaya oleh wakil rakyat sekarang, Mohd Iskandar Jaafar.

Dalam Sidang DUN dua minggu lalu, Iskandar bermati-matian mengatakan ‘Projek 3 Pohon Sawit Sebuah Rumah’ berjaya menjana pendapatan RM150 sebulan.

Malah beliau mengajak wakil-wakil rakyat lain, datang ke Jabi untuk melihat hasilnya, konon.

salleha“Orang kampung pun bukannya bodoh nak tanam 3 pohon jah! Sawit hok ada di kampung loni bukannya hok Umno bagi. Ni hasil penat lelah orang kampung. Seekar dua sorang, bolehlah buat tanggung anak sekolah. 3 pohon sawit, nak wat beli nasik berlauk pagi pun tak berapa lepas.” jelas Saudara Salleh Husin [Gambar kanan] yang memiliki kebun sawit sendiri berhampiran rumahnya di Bukit Tanah.

Sementara itu, saudara Saiful Ridza dari Kampung Padang Lengkuas menempelek kerja bodoh Umno tersebut.

“Marilah tengok di Jabi, siapa dia hok gong (bodoh) nak tanam sawit 3 pohon! Untuk rakyat mung nak bagi anak sawit 3 pohon, tu pun kesudahannya tak sampai. Untuk Tok Wokil mung baham sampai 50 ekar!” Ujarnya dengan nada sedikit marah.

“Kalau sawit tengah kemuncak keluar hasil sekitar umur 8 tahun, purata satu pokok boleh ambik 2 tandan sebulan. 3 pokok baru 6 tandan. Tak dapat RM150 sebulan.”kata Abdul Razak Ramli [Gambar kanan bawah] dari Kampung Gong Pasir Jabi menjelaskan kadar biasa penghasilan untuk sepohon kelapa sawit.

abdul razakSehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim menasihatkan pemimpin Umno supaya menghentikan gurauan bodoh yang tak bermanfaat itu.

“Dalam keadaan kehidupan rakyat yang serba kesempitan, jenaka-jenaka ‘atas angin’ begini tak akan mampu merungkai masalah rakyat. Rakyat inginkan sesuatu tindakan yang boleh membantu meringankan beban hidup mereka.”

“Sebagai pimpinan masyarakat di sini, telah hampir setiap lorong dan jalan di 25 Kampung dalam Dun Jabi telah saya lalui. Bukan sehari dua, tetapi sejak diamanahkan sebagai calon PAS Jabi dari tahun 2008 dan berterusan sehingga sekarang.

ladang siapa ni“Maaf kalau saya katakan, saya tak jumpa rumah yang tanam kelapa sawit 3 pohon sahaja. Kalau ada yang mendakwa, siapa yang nak tengok kejayaan projek yang dicanangkan mampu menghasilkan RM150 sebulan, maka sila datang ke Jabi, saya boleh istilahkan, ini adalah lawak bodoh!,” ujar Dr Azman Ibrahim yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Katanya, isu bekas ADUN Jabi meneroka tanah kerajaan berpuluh ekar dan membuka ladang sawit masih tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib sehingga hari ini.

“Dia pun dah jadi kaya raya. Pihak berwajib masih senyap sunyi tanpa sebarang tindakan walau telah berkali-kali kita dedahkan,”tambah Dr Azman.