Universiti Kita Merudum Lagi

1155

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam laporan Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini menyenaraikan tiada universiti tempatan di Malaysia yang termasuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik ialah Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India berjaya meningkatkan kedudukannya apabila 10 daripada institusi pengajian tingginya tersenarai dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun institusi lalu.

Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Thailand turut berjaya, tetapi malangnya tiada tempat bagi Malaysia! Times Higher Education (THE) menganggap Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi yang besar.Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

Universiti Tokyo menjadi universiti Asia terbaik diikuti oleh National University of Singapura.

Universiti Hong Kong, Universiti Kebangsaan Seoul dan China Peking University berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.
Thailand mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu King Mongkut’s University of Technology, Thonburi yang naik lima anak tangga dan berada di kedudukan ke-50 dan University Mahidol yang jatuh 21 anak tangga ke tempat 82.
Singapura juga mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu NUS di tempat kedua dan Nanyang Technological Universiti di tempat ke-11.

Hong Kong dinamakan sebagai bintang oleh THE kerana walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai enam universiti dalam senarai 50 terbaik.

Saya sangat tak pelik kalau di negara kita, individu seperti Ibrahim Abu Shah, Nordin Kardi serta yang sewaktu dengannya pernah ditabalkan untuk memimpin sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dengan ciri-ciri kepimpinan sebegini, nak masuk senarai 200 yang terbaik pun seksa.

Dalam satu forum, Dato’ Saifudin Abdullah antara pemimpin Umno yang bagi saya, seorang tokoh berfikiran rasional pernah berkata secara terbuka kepada Abang Misai bekas Vice Cancelor UiTM, “Saya sangat bersyukur kerana anda tak disambung kontrak sebagai Naib Canselor.”

Kalau antara Ahli Lembaga Pengarah UiTM adalah yang berkelayakan seperti Ibrahim Ali, apa yang kita harapkan?

Saya banyak timbulkan hal UiTM kerana ini adalah universiti dengan komposisinya pelajar-pelajar bumiputera.

Seorang kawan, pesara Prof. Madya dalam bidang Radiology dari USM yang hadir temuduga untuk berkhidmat secara kontrak di fakulti perubatan sebuah universiti yang berpusat di Kuala Terengganu, diminta oleh dekan fakulti perubatan tersebut supaya memotong janggutnya kalau nak berkhidmat di situ. Hehee… macam budak-budak. Janggut sinonim dengan orang PAS! Maknanya… orang PAS tak dialu-alukan di sini.

Saya menghormati individu seperti Prof. Dato’ Zulkifli yang pernah menjadi Naib Canselor USM ketika saya masih merupakan salah seorang staf di bawah beliau. Tapi sayangnya kerana tak ramai yang berintegriti sepertinya.

Walaupun ketika itu, kampus kesihatan USM kelihatan dijadikan batu loncatan untuk mileage politik seorang Menteri Pengajian Tinggi yang berasal dari Kelantan. Ada-ada saja program berorientasikan politik diadakan dengan Kampus Kesihatan USM menjadi tuan rumah.

Dr Azman IbrahimTak terkecuali juga seorang bekas Menteri Belia dan Sukan yang ketika itu menjadi ADUN di Kok Lanas. Hampir setiap minggu staf perubatan USM dihantar ke DUN YB ini bagi program khidmat kemasyarakatan. Khidmat masyarakat tak kisah. Yang menjadi kisah ialah memanipulasikan tenaga kakitangan awam bagi tujuan politik.

Bebaskan Universiti dari personal politik yang berkepentingan serta tak berkelayakan, kita mampu akan pergi lebih jauh.
Ketika Kota London hancur dibom tentera German dalam Perang Dunia Kedua sehingga pemimpin Inggeris dengan putus asa merasakan seolah-olah matahari tidak akan terbit lagi di Kota London. Bila nak dibangunkan semula negara mereka yang hancur, yang pertama dibangunkan adalah pendidikan. Bangsa yang terdidik adalah bangsa yang mampu ke hadapan.
Faktanya, negara kita sebenarnya lebih kaya dari beberapa negara yang berada jauh di atas kita dari segi ranking institusi pengajian tinggi. Bilangan universiti kita pun lebih banyak. Tetapi kenapa kita ketinggalan?
Jawapan dalam bentuk berhelah dan penafian tak akan membawa kita pergi jauh.