Umum Calon Bukit Gantang 23 Mac – Dato’ Mustafa Ali

946

Beliau berkata, Presiden PAS , Sato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama tersebut dalam satu majlis yang akan di Perak.

“Kita (PAS) akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dibuat pada sebelah malamnya,” katanya di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di sini, [etang semalam.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan ahli parlimennya, Tuan Haji Roslan Shaharum meninggal dunia pada 9 Februari lalu.

Dato’ Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata kesemua empat nama telah dicadangkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu adalah anak tempatan.

Beliau berkata, Pas mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih awal bagi membolehkan calonnya turun padang dan berkempen untuk menarik sokongan rakyat.

“Berbanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kita buat pengumuman lewat kerana calon kita sudah dikenali rakyat di sini,” katanya.

Mustafa berkata, Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen itu walaupun menjangkakan tentangan sengit daripada calon Barisan Nasional (BN).

“Daripada maklumat yang saya terima, jentera pilihan raya Pas berjalan lancar. Ada sedikit perkara yang perlu dimantapkan menjelang pilihan raya kecil itu,”tambahnya