Umno/BN Menzalimi Peniaga

730

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/calonprihatin.jpgEekoran aduan tidak puas hati pemiliknya yang mendakwa ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketika ditemui, pemilik restoran Jamsari, Encik Jamhuri berkata beliau telah dianiaya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membatalkan kontrak membekalkan makanan secara tiba-tiba.

(Gambar – Calon PAS mendengar rintihan peniaga, Encik Jamhuri)

Menurutnya, beberapa ketika sebelum kempen PRK Bagan Pinang bermula, beliau telah didatangi oleh seseorang dan menawarkan khidmat untuk membekalkan makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, selepas menerima surat tawaran, beliau telah bersetuju untuk membekalkan makanan tersebut sebagaimana syarat yang dinyatakan.

Malangnya, kata beliau, kontrak tersebut dihentikan secara tiba-tiba, sehari selapas bekalan pertama dibuat.

“Tengok tu siap ada surat tawaran, tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab,

”pembatalan yang dibuat  hanya dengan melalui satu panggilan telepon,”kata Encik Jamhuri sambil menunjuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Tentulah langkah (tindakan) yang demikian tidak adil kepada saya,”Keluhnya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau bertindak mempamirkan ’kejadian tersebut’ diatas sebuah papan notis dihadapan kedainya supaya ia menjadi tauladan dan panduan kepada orang lain, agar berhati-hati ketika berurusan da;am musim pilihanraya