Umno Tidak Sabar Berpolitik

623

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/UHT.jpgKatanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah di Selangor dan Perak berusaha merampas semula negeri tersebut.

“Umno tidak sabar dalam politik. Mereka (Umno) mahu tawan Selangor dengan cara mudah sebagimana yang dilakukan di negeri Perak.

“Jika parti lain, mereka (PAS, PKR, DAP) mesti menunggu pilihan raya umum baru buat perubahan, tetapi Umno tidak sabar dan buat sebaliknya,” jelasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika mengulas laporan sekumpulan yang bergelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS) mengadakan demontrasi aman mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat.

Ustaz Harun yakin kumpulan tersebut bukan dari ahli-ahli PAS sebagaimana  yang didakwa tetapi didalangi oleh Umno serta pihak-pihak terbabit.

Katanya, ahli-ahli dan penyokong PAS sedia memahami peranan serta tanggungjawab parti dalam kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.

Menurutnya, PAS tidak pernah dipinggirkan oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP dalam perkara membabitkan keputusan berhubung kepentingan ketiga-tiga parti.

“Semua keputusan dibuat secara bersama dan kita (PAS, PKR dan DAP) ada mesyuarat kepimpinan melibatkan tiga parti.

“Jika PAS tidak setuju keputusan tidak akan dibuat dan begitu juga kalau PKR tidak setuju atau DAP tidak setuju, keputusan tidak akan dibuat,” jelas Ustaz Harun.

Menurutnya, usaha pihak terbabit yang mengadakan perhimpunan tersebut tidak menjejaskan PAS bersama Pakatan Rakyat.