Umno Perlu Menoleh Ke Belakang

350

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Umno perlu duduk sebentar dan menoleh ke belakang melihat dan mengingati peristiwa apa yang telah berlaku ketika mereka memerintah dulu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, mereka sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat bukan gila merebut jawatan.

“Perkara paling asas perlu di ambil perhatian semua pihak semua kelompok politikus yang ada di negeri kita ialah bagaimana untuk membentuk masyarakat pada masa akan datang.

“Pendekatan yang di ambil oleh PAS untuk mewujudkan aliran perpaduan penyatuan ummah harus di sambut dengan cara serius oleh semua kelompok masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas mengenai kenyataan pemimpin Umno menyatakan bahawa mahu merampas 12 DUN di negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, PAS telah berjaya memecahkan satu tembok yang sangat besar sebelum ini membelenggu penyatuan ummah dalam kelompok di kawasan Besut.

“Sebab itu PAS berharap supaya Muafakat Nasional (MN) menjadi sebahagian daripada teras penyatuan dalam kelompok masyarakat kita, sebab dengan ada MN masyarakat sudah boleh mengenepikan sentimen kepartian tetapi mendahulukan soal perpaduan ummah dalam kelompok masyarakat.

“Oleh sebab itu, pada saya, program penyatuan ummah mesti berterusan. Kalau ada segelintir daripaada kalangan kepimpinan politik terutama kalangan Umno beria-ria untuk meletakkan calon di semua kerusi dinegeri Terengganu.

“Pada saya ia acara kedua dan perkara yang lebih utama untuk menyelesaikan masalah ummah dan benda ini telah dimulakan bersama oleh PAS dan Umno,” tegasnya.

Wan Azhar menegaskan bahawa kepimpinan Umno harus meletakkan agenda penyatuan ummah mengatasi agenda untuk menguasai kembali DUN Kota Putera.

“Apa penting dan perlunya tembok itu dipecahkan kembali sedangkan kita telah merungkai satu masalah yang sekian lama terbentuk dalam masyarakat kita.

“saya melihat kuasai balik Kota Putera agenda utama mereka di Besut dan apakah mereka nak meletakkan agenda penyatuan ummah itu di belakang.

“Pada saya itu harus diberi satu jawapan oleh pihak Umno dan PAS ambik pendekatan dengan apa yang diusahakan pihak kerajaan negeri Terengganu sama mada di kawasan-kawasan lain atau di Besut sendiri , terutama DUN Kota Putera,” soal beliau.