Umno Nazak, PRU14 Diawalkan!

1386

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – UMNO yang sedang nazak dengan pergolakan dalaman, memungkinkan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan Piliharaya Umum Kali Ke-14 (PRU14) awal.

Pemangku Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ramai ahli-ahli parti itu yang keluar meninggalkannya dan menubuhkan parti-parti baru untuk melawan Umno.

Zarani“Dalam suasana yang ada, Umno dalam keadaan nazak terpaksa berhadapan dengan ahli-ahlinya yang keluar dari Umno… Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dibawah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, , Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)… Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin,

“dengan Datuk Mukhlis……dengan Tun Dr. Mahathir dan sebagainya, jadi UMNO kena fikir juga, pilihanraya kalau lambat lagi, impaknya akan memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO, jadi mungkin kena buat awal PRU14,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Ketua 10 (K10), Muslimat PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat K10, Muslimat PAS Kawasan Dungun yang diadakan di Bangunan PAS DUN Sura, pada Sabtu, 26 November.

Zarani turut mengingatkan, walaupun DUN Sura adalah DUN yang kuat dan PAS pasti menang, keyakinan itu perlu disertai dengan gerakerja yang berterusan dan menyeluruh.

K10 Muslimat Dungun2“Pada saya DUN Sura ni menang pada adat kata, memang menang, insya Allah dengan izin, tapi kita kena jaga, kita tengok bagaimana kepimpinan PAS keluar daripada PAS, beberapa kepimpinan tertinggi PAS meninggalkan PAS, itulah sunatullah perjuangan kita,

“Kerja kita kena buat sokmo, PAS hijau pekatpun kena jaga jugak kebajikan-kebajikan mereka, kena cakna juga sebab takut, duduk berasa hati sebab orang tak ambil berat ke dia, walaupun kuat sangat,”tegasnya.

Justeru, beliau berharap gerakerja pilihanraya sudahpun bermula memandangkan masa piliharaya yang semakin hampir, dengan peralihan waktu yang sangat cepat sekarang.

“Umat akhir zaman, setahun bagaikan sebulan, sebulan macam seminggu sahaja, seminggu macam sehari, jadi kita kena buat kerja dari sekarang.” ujar beliau dihadapan hampir 60 orang petugas K10 yang hadir.