Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Umno Dungun disifatkan mengamalkan pentadbiran ‘Double Standard’ dan politik zaman ‘purba’ dalam menangani persekolahan zaman moden.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat mempersoalkan ‘peringatan’ yang telah diberi kepada pihak sekolah setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mengadakan ziarah, pada hari permulaan peperiksaan UPSR, 5 September lepas.
“JPNT (dan Umno) masih mengamalkan politik purba ke? Apa dosa seorang wakil rakyat (YB), yang juga bekas seorang guru menziarahi sekolah dalam kawasan beliau,
“untuk memberi sokongn moral buat pelajar menghadapi UPSR (pelajar Tahun 6) menyebabkan pihak pengurusn sekolah diberi peringatan?,”soal beliau.


Sebelum ini, kata beliau, ada guru yang diambil tindakan dan ditukar kerana menerima hadiah ‘kek Hari Guru’ kerana menghargai dan mengiktiraf pengorbanan para guru.
“Ada guru yang ditukar kerana bersembahyang di masjid berdekatan dengan rumah beliau yang dikatakan sebagai ‘masjid pembangkang,
“Tetapi kalau Ketua Bahagian Umno (buat lawatan) yang tidak ada kena mengena dengan sekolah takde kena diampu………bukan dipayung lagi dah……..bagi kanopi terus!!! Siap (pasang) bendera Umno keliling sekolah……… Siapa yang berpolitik sebenarnya???,”soal beliau lagi.
Sehubungan itu, ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun kesal dengan tindakan ‘pilih kasih’ tersebut.
Beliau berkata, bukan menjadi rahsia lagi, majlis-majlis yang dianjurkan UMNO sering di adakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian awam di Dungun.
“malah…… umum mengetahui pelajar-pelajar dan guru-guru dipaksa untuk turut sama meramaikan majlis-majlis tersebut,”ujarnya.


“Saya hadir untuk sekadar menunjukkkan tanda memberi semangat kerana Sekolah Batu 48 hampir dengan kediaman saya dan jiwa bekas seorang pendidik (seperti saya) yang merasakan bagaimana,
“sebenarnya peri pentingnya pengorbanan guru dan anak-anak untuk menghadapai peperiksaan.” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut.
“Rasa tanggungjawab sebagai seorang yang dipilih mewakili DUN Rantau Abang , wakil rakyat untuk memberi tanda sokongan kepada pihak sekolah kerana mendidik anak-anak dan sebagai ‘moral support’ kepada ibu bapa, terutama Persatuan IbuBapa Guru(PIBG), pentadbir sekolah, murid-murid kerana bersungguh-bersungguh untuk memberi ilmu.”tambah beliau.
Katanya lagi, adalah menjadi tugas biasa seorang yang menjadi wakil rakyat yang sentiasa mendekati rakyat dan semua pihak, apatah lagi dengan budaya politik matang dan sejahtera.


























