Umno Gadai Tanah Orang Melayu Kepada Bukan Islam

2019

KEMAMAN – Umno kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dan Umno negeri Terengganu diminta menjelaskan mengapa tanah orang Melayu milik parti itu telah digadai kepada orang asing.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mempersoalkan mengapa tanah rezab Melayu yang diberikan atas nama Umno telah digadaikan kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

“Umno (negeri) Tetengganu (dan) Umno (DUN) Paka khususnya tolong jawab! Sebab apa tanah rezab Melayu beri atas nama Umno mu gadai beri kepada orang buka Melayu, bukan bumiputera, bukan orang Terengganu pun!

“sesiapa yang datang sini (nak tahu) pergi tanya dia (Umno)……..mana-mana orang Umno yang datang (dengar ceramah ini) pergi tanya (bos) dia,”tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran NGO Generasi Warisan Keangsaan (Generasi) pada Jumaat malam 19 Februari, di Dataran Kerteh 1, dekat sini.

Beliau menggesa pihak yang berkeanaan mendedahkan ‘kerja siapa’ yang telah menghkhianati rakyat Terengganu, termasuk anak-anak warga Felda generasi kedua.

IMG-20160219-WA0108Menurutnya, antara tanah tersebut, yang telah mula diberi milik kepada Umno Paka pada tahun 1993 itu terletak di Mukim Kuala Paka HSM 3214 tersebut telah dipindah pada 16 Julai 2009 dengan No. Perserahan 2115/2009 Gadaian Menjamin Wang Pokok.

Pada masa yang sama kata beliau, sebaliknya Umno sebagai kerajaan yang memerintah tidak memberi tanah kepada rakyat yang memerlukan.

Katanya, bencana ribut yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan seorang penduduk di Kuala Paka kehilangan rumahnya dan beberapa orang nelayan di tempat yang sama telah dibadai ombak, sehingga rumahnya ‘ditelan air’.

“apabila dalam facebook (dimaklumkan) seorang nelayan rumahnya runtuh sehingga ke dalam sungai sedah berlaku beberapa tahun (tetapi tidak diberi rumah dan tanah),

“kalau Umno tak ada duit (nak buat rumah untuk rakyat) berilah tanah kepada orang PAS untuk buat rumah kepada dia,

“kalau Umno tak mampu nak memerintah (lagi) berikan pula kepada PAS untuk menjad kerajaan,”jelasnya.

Justeru itu, sempena pelancaran NGO Generasi tersebut beliau menyeru kepada semua anak-anak muda Felda agar menyertainya beramai-ramai dan membuat perubahan pada pilihan raya umum kali ke-14 yang akan datang.

Turut hadir danberucap pada Majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS Dato’Mohd Smar Bik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Pengerusi Lajnah P’embangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Haji Razan Zakarian, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad dan Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Hamid.