Umno Cemarkan Hari Malaysia; Komponen BN Bersetuju?

1023

KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari Malaysia pada 16hb September sepatutnya memupuk perpaduan kaum dan negeri negeri tetapi sebaliknya parti yang menjadi tulang belakang pemerintah UMNO, memilih untuk menyemai semangat perkauman melampau.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat Haji Ahmad Amzad Hashim berkata sebagai parti yang punya kuasa yang mengatasi semua parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional, Umno tidak wajar terlibat dengan penganjuran perhimpunan yang sarat dengan tema kebencian dan bersifat ‘rasis’

Bahkan menurutnya, dalam perhimpunan ‘baju merah’ semalam, berlaku insiden ketegangan sehingga pihak polis simpanan persekutuan terpaksa menggunakan ‘meriam air’ untuk menyuraikan ‘kegilaan’ di kawasan Jalan Petaling.

“Sebagai negara yang sudah merdeka sejak 1957, elemen rasis dan ‘cauvinis’ hanya merosak perpaduan dan keharmonian,

ANWAR MUSA“Saya kesal kerana tiada kenyataan bantahan dari parti komponen BN yang lain. Tanpa adanya teguran, keseluruhan parti parti komponen BN hakikatnya (mereka) bersekongkol dengan UMNO meniup api perkauman yang bahaya,”tegasnya.

Beliau menambah, Malaysia bukan melangkah kehadapan dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, tetapi sebaliknya berundur ke belakang dan semakin menjauhi ciri ketamadunan bernegara.

Oleh itu beliau mempersoalkan, di manakah suara parti komponen BN yang tidak menegur dan menasihati Umno, dalam perhimpunan yang secara jelas dihadiri oleh tokoh-tokoh dan pemimpin Umno?

“Di mana parti parti komponen BN yang lain? Sewajarnya semua parti komponen menunjukkan rasa kecewa dengan rosaknya ‘Hari Malaysia’ yang besar ertinya (kepada kita semua) hari ini.

“Mereka sepatutnya menuntut UMNO memohon maaf………mereka sepatutnya menggantung hubungan dengan UMNO sebagai tanda bantahan,”saran beliau.

Namun begitu, kata beliau, mendiamkan diri dengan tindak tanduk pemimpin Umno adalah bererti bersetuju dengan perbuatan melampaui batasan itu.

Jelasnya, PAS menolak rasis dan ‘cauvinis’ kerana agama Islam mengharamkan kedua-duanya sifat keterlaluan itu, yang hukumnya haram serta bedosa.