Umno-BN Edar Surat Palsu Arah Jangan Undi Selain PAS

1443
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/pc%20datuk%20mustafa%204%20mei.jpg

Datuk Mustafa menafikan Pejabat ggung PAS ada mengeluarkan surat itu pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu pagi ini jam 11, 4hb Mei, 2013.

[Lihat Rakaman Sidang Media]

Belau berkata, dalam surat palsu itu, dinyatakan bahawa Majlis Syura ulamak PAS telah mengadakan mesyuarat pada 2hb Mei, mengjkaji balik tahaluf siyasi PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/surat%20palsu.jpgDatuk Mustafa Ali turut membacakan surat penafian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din yang menafikan perkara tersebut dan menyatakan dengan tegas tidak ada sebab Majlis Syura Ulamak mengkaji semula tahaluf siyasi tersebut.

Datuk Mustafa Ali juga berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

“Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat,” kata Mustafa

[Lihat Rakaman Video Sidang Media 2]

Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.

Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/lapor%20polis%20surat%20palsu.jpgIni kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.

Berikutan itu, kata Datuk Mustafa Ali, satu laporan polis akan dibuat di balai polis Kuala Terengganu selepas sidang media diatas.

Laporan dibuat oleh beliau bersama Ahli Jawatankuasa PAS Puat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik diiring oleh Pengerusi Lujnah Guaman PAS Terengganu Peguam Haris Malik.

[Lihat Rakaman Video Laporan Polis ]