Oleh : Adli Mohamad /Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Fahaman memisahkan politik dari Islam perlu dihindari dan umat yakin serta percaya pada kehebatan agama Allah itu.
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Dusuki Abdul Rani berkata ianya tidak boleh dipisahkan sebagaimana ditunjukkan oleh Rasululullah sehingga tertegaknya pemerintahan Islam di Negara Madinah.
“(Juga) sahabat-sahabat Rasulullah dapat memerintah 2/3 dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas di Masjid As-Syakirin di Kuala Ping, baru-baru ini.
Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu.
Jelasnya, jika umat Islam tidak melibatkan diri didalam politik akan membawa risiko akan dikuasai orang bukan Islam.
“Punah! bila kita tidak terlibat dengan politik (apabila) dikuasai orang bukan Islam.
“Yang berlaku dalam hidup kita (kini), orang bukan Islam (mula) menguasai kita, berpunca (daripada) tidak terlibat politik,” tegasnyan
Nyatanya Politik Islam didasarkan pada perhitungan dosa serta pahala yang membawa kepada kehidupan selepas kematian samada beroleh syurga atau neraka.
Katanya, umat Islam perlu sedar dan yakin dengan kekuatan Islam.
Tegasnya lagi, jangan sesekali terpengaruh dengan agenda musuh memperkenalkan Islam liberal, sosialis, sekularis ataupun syiah.
“Jangan kita mati disaat kita tidak yakin dengan Islam.
“Semua benda didalam hidup ini dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara (adalah) dengan Islam.
“(Maka) tolong jaga iman,”ucap beliau.