Ulamak Juga Profesional – Dato’ Dr Mahfudz

2410

KUALA SELANGOR – Dewan Ulamak PAS Pusat akan melalui proses penambahbaikannya sebagai sebuah dewan terkanan dalam organisasi Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ketuanya, Dato’ Dr Mahfudz Omar menegaskan bahawa Dewan Ulamak itu telah mempunyai halatuju yang jelas disediakan oleh pimpinan terdahulu.

Justeru, katanya meski pun baharu mengambil alih kepimpinan dewan berkenaan beliau akan mengekal dan menambahbaikan halatuju yang telah digariskan oleh Dewan Ulamak tersebut.

20150605_153314 (2)“Mengenai halatuju Dewan Ulamak, kita (PAS) sudah ada halatuju yang sedia ada dan bagi saya, walau pun baru (menerajui) kita akan mengekalkan dan akan menambah baikkan halatuju yang telah lama digariskan oleh Dewan Ulamak.

“Jadi saya akan meneruskan halatuju dan kita akan menambah baikkan kerana sebagai Dewan Ulamak, dewan yang terkanan maka… InsyaAllah, kita akan terus mainkan peranan yang penting dalam parti PAS,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Dewan Pemuda Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, semalam.

Dato’ Dr Mahfudz juga menyifatkan saf kepimpinan Dewan Ulamak PAS yang baharu dipilih pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 itu merangkumi sifat ulama’ dan profesional.

Katanya, ulama’ juga profesional yang boleh bercakap dalam isu ekonomi, sistem percukaian, pelaburan dan sebagainya.

“Mengenai barisan AJK, pada hari ini pun saya ingat yang terpilih pun ramai ahli Parlimen, mungkin kurang seniorlah.

“Apa yang saya ingat lima atau enam orang ahli Parlimen yang duduk dalam AJK PAS Pusat termasuklah Ketua Dewan Pemuda (Nik Mohd Abduh), ahli Parlimen (Pasir Mas) kita, dalam Dewan Ulamak pun, ada Ketua Penerangan kita, Dr. Mohd Khairuddin At-Takiri dan ada dua tiga orang lagi.

https://youtu.be/T0B_ui2ep4s

“Walau pun kebanyakannya daripada kalangan Pro-Ulamak, maknanya Ulama’ pun Profesional. Ulama’ pun boleh cakap pasal ekonomi, tentang GST, tentang 1MDB, tentang Tabung Haji dan sebagainya.

“Maka kita (Dewan Ulamak) harap ahli Palimen kita (PAS) walau pun daripada Pro-Ulamak, mereka memahami dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Parlimen, Insya’Allah,” jelasnya.

Pada pemilihan Muktamar PAS ke-61 kali ini, kesemua Jawatankuasa Kepimpinan Ulamak PAS Pusat menang tanpa bertanding termasuk ketuanya bagi sesi 2015-2017, akan datang.