Ulamak Al-Azhar berarak tuntut pembebasan

879
http://buletinonline.net/images/stories/berita48/ulamakazhar.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/ulamakazhar.jpgSebuah gabungan ratusan ulama Muslim dari Al-Azhar dan Kementerian telah mengumumkan perarakan besar-besaran pada petang Rabu 25 Mei dari daerah Abbaseya ke pejabat pusat Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF).

Perarakan tersebut menyeru pemerintah Mesir membebaskan Universiti Al-Azhar dari kawalan agensi-agensi kerajaan. Ia juga menyeru untuk mengadakan pemilihan bagi memilih Imam Besar Al-Azhar dan mengembalikan Jawatankuasa Majlis Ulamak Al-Azhar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan gabungan tersebut menyeru pada SCAF untuk campur akan dalam rangka untuk memastikan pembebabasan Al-Azhar, dan mengintegrasikan Dar Al-Iftaa di bawah payung Al-Azhar.

Kenyataan itu Ia juga menyeru untuk mengadakan pemilihan yang bebas dan adil untuk memilih pemimpin, dan mengkaji kembali kembali akta berkaitan Al-Azhar yang sesuai dengan pembebasannya.

Kenyataan tersebut menggariskan pentingnya Institusi Al-Azhar, yang selalu menjadi platfom kepada umat Islam seluruh dunia yang menjadi tempat pengajian para ulama besar dan pemimpin dunia.

Mereka menekankan Al-Azhar telah dipolitikkan oleh Regim Mubarak, yang menyebabkan perubahannya fungsi dan tugas Al-Azhar.

Gabungan Ulamak tersebut juga menyeru agar semua pihak berusaha dan bersatu dalam rangka untuk membawa Al-Azhar kembali ke statusnya sebagai Institusi terkemuka.-Ikhwanweb