KUALA TERENGGANU – Tidak ada yang lebih utuh dalam saf perjuangan melainkan dengan mengamalkan dua perkara, menjaga ukhwah dan menjaga akhlak.
Yang Dipertua PAS Kemaman Ustaz Alias Che Hamid berkata, kejayaan amalan tersebut telah dibuktikan dalam sejarah umat Islam terdahulu,
“Saya percaya di sebalik saratnya idea untuk kita membawa perubahan dalam gerak kerja atau memberi penambahbaikan demi pemerkasaan parti,
“kita juga harus melihat dua perkara tersebut iaitu ukhwah dan akhlak. Jika kedua-duanya dijaga dengan sebaiknya, insyaAllah kita dapat bergerak lebih maju dan lebih jauh ke hadapan.” jelas beliau.
Ahli Dewan Negara Malaysia itu berkata demikian dalam media sosialnya, mengulas program Permukiman PAS Kawasan Kemaman Yang diadakan di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Menurutnya, program yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr Haji Mohamed Fadzli Dato Hassan itu, berkongsi pelbagai buah fikiran dalam usaha membawa PAS untuk terus relevan kepada rakyat.
“Banyak cabaran yang telah ditempuh sehingga ke tahap ini, tetapi saya yakin dengan ukhwah yang baik antara pimpinan, sesama pimpinan dan ahli dan sesama ahli,
“akan memberi kekuatan kepada kita untuk berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran pada masa hadapan.” tegas beliau.
Tambah beliau, enam resolusi telah disepakati dan dibentuk, dalam program selama tiga hari dua Malam itu.
“Moga-moga dengan itu, kita dapat menjadikannya panduan
bagi gerak kerja PAS Kawasan Kemaman dalam mendepani PRU16 yang akan tiba tidak lama lagi.” ujar beliau