KUALA TERENGGANU – Wakil-wakil rakyat anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Terengganu kekal komited memainkan peranan sebagai semak dan imbang (check and balance) yang konstruktif terhadap dasar dan peruntukan kerajaan negeri.
Pengerusinya YB Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, pihaknya mengharamkan agar Belanjawan 2026 diharap bersifat seimbang, menyeluruh dan berpaksikan kepada kekuatan sebenar negeri.
“Prinsip kita ‘ukur baju di badan sendiri’ perlu menjadi panduan dalam menentukan keutamaan dan kemampuan sebenar negeri.
“Belanjawan tidak hanya gah pada angka dan data, tetapi benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.” ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika dihubungi, mengulas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Kali Kelima Belas Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Terengganu (Bajet 2025) yang akan bermula Isnin 10 November ini.
Oleh itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar itu menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat aktif menyertai sebarang perbahasan dalam Sidang DUN yang berlangsung selama tiga hari tersebut.
“Isya-Allah, semua YB akan terus aktif dan agresif dalam sesi perbahasan Belanjawan,
“Setiap pandangan, teguran dan cadangan akan disampaikan secara membina untuk memperkukuh hala tuju pembangunan negeri.” tambah beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu.
–




























