(Gambar – Kempen ‘Tentera Budhha’ memburukkan usaha persijilan halal di Sri Lanka)
Oleh : Sazali Mohd Noor
Umat Islam, yang kebanyakannya keturunan dari pedagang Arab, terdiri daripada 10% penduduk Sri Lanka, yang berjumlah 20 juta orang.
Mereka telah tinggal di negara itu lebih dari 1200 tahun dan telah wujud dengan semua kumpulan etnik dan agama.
Umat Islam secara tradisinya adalah ahli perniagaan, tetapi ada kini mempelbagaikan aktiviti kepada semua sektor ekonomi Sri Lanka.
Namun begitu majoriti umat Islam berada dalam golongan berpendapatan rendah.
Konflik etnik Sri Lanka bermula hampir sejurus selepas kemerdekaan pada tahun 1948 dan bertukar keras dan ganas pada tahun 1983 dengan lebih daripada seratus ribu terbunuh dan beratus ribu orang yang lain cedera.
Masyarakat Islam bukanlah pihak yang menimbulkan konflik itu tetapi mereka terpaksa menahan beberapa serangan dilakukan oleh LTTE termasuk pembunuhan beramai-ramai dalam masjid.
Umat Islam Di utara Dihalau
Masyarakat Muslim seluruh Wilayah Utara diusir oleh LTTE pada tahun 1990 dalam pembersihan etnik terburuk negara telah menyaksikan perang 30 tahun dalam sejarah Sri Lanka. Mereka kehilangan semua milik mereka, tanah dan perniagaan mereka dirampas oleh orang-orang Tamil.
Sehingga hari ini, majoriti daripada mereka belum ditempatkan kembali ke tanah-tanah da rumah mereka.
Walaupun pelbagai usaha dibuat, ceramah dan persidangan damai ke arah mewujudkan keamanan namun pemerintah tidak pernah mengiktiraf umat Islam sebagai pemegang kepentingan yang sama.
Mereka dinafikan hak dan suara mereka ditolak, mengakibatkan umat Islam menjadi kumpulam etnik yang diabaikan di negara iitu.
Ancaman Bodu Bala Sena (Tentera Buddha)
‘The Bodu Bala Sena’ atau Tentara Buddha adalah kumpulan ekstremis Buddha yang memulakan kempen kebencian terhadap umat Islam dan minoriti lain.
Kumpulan yang seangkatan dengnnya telah menyertai pertikaian dalam membenci minoriti dan juga melakukan keganasan, kadang-kadang di hadapan penguatkuasaan undang-undang sendiri.
Walaupun terang-terangan mereka melakukan jenayah, namun tiada seorang pun setakat ini telah ditangkap kerana ucapan kebencian atau aksi keganasan.
Kumpulan ini meneruskan kempen mereka menggunakan cara tradisional dan media sosial.
Sebilangan perniagaan Muslim termasuk dalam sasaran rantaian pakaian membenci utama dan telah diugut dan diancam daripada ekstremis Buddha ini.
Ada di antara mereka yang telah diserang dan yang palimg mengejutkan ialah, ia tersirat dengan kelulusan polis tempatan.
Ekstremis Buddha itu telah meningkatkan serangan di tempat ibadat bermula dengan pemusnahan masjid berusia 400 tahun di Anuradhapura, diikuti dengan usaha untuk memusnahkan masjid di Dambulla Sri Lanka.
Pada tahun antara 2012 dan 2013 sahaja, hampir 200 serangan telah berlaku terhadap orang Islam di pelbagai lokasi di tempat ibadat Muslim. I
Ini termasuk serangan ganas ke atas Masjid di Grandpass dan Mahiyangana dan cuba menutup kedua-dua masjid itu secara paksa.
Serangan Kepada Persijilan Halal
Bodu Bala Sena memulakan kempen menentang pengesahan Halal yang dikeluarkan Oleh All Ceylon Jamiyathul Ulema (ACJU) menuduh ACJU meraih keuntungan dari proses pensijilan.
Mereka juga melemparkan tohmah, hasil perolehan daripada proses perjilina halal itu telah disalurkan kepada kumpulan pengganas Islam.
Dakwaan utama mereka ialah bukan Islam yang tidak memerlukan pensijilan halal membayar lebih banyak untuk produk daging yang melalui pensijilan Halal.
Semua pengeluar produk daging telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan mereka juga mengesahkan bahawa caj pentadbiran minimum untuk pensijilan halal tidak pernah dipaksakan bayarannya kepada para pengguna.
Walaupun di bawah tekanan dari pelbagai pihak, ACJU akhirnya berjaya mempunyai logo HALAL pada produk daging dan ACJU terus menyediakan pensijilan HALAL untuk eksport dan perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
*** Sazali Mohd Noor ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Akitivis Media Independen (KAMI) Terengganu, yang akan bersama NGO Yayasan Amirul Ummah dan AFMY dalam Misi Korban 1438 tahun ini. Selain dari mengumpulkan bahagian korban, sumbangan untuk membantu warga Sri Lanka sangat dialu-alukan.





























