Ucaputama Muktamar Dewan Muslimat Kali Ke-55

1129

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, mengucapakan ahlan wa sahlan wa marhaba bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua pimpinan, para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kali ke 55 ini yang diadakan di Shah Alam Covention Centre (SACC)

Tema “Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan”

1. Umat Islam Kuat Dengan Istiqamah Dan Kesabaran

Hari ini kita menyaksikan terlalu banyak kezaliman dan penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam oleh tangan-tangan musuh Islam. Isu Palestin, isu Rohingya, Syria dan Yaman serta tidak ketinggalan isu terbaru di Mesir apabila hampir 100 orang Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati oleh sang penguasa.

Ya Allah ampunkan kami kerana tidak banyak yang dapat kami lakukan untuk saudara-saudara kami. Ibrah apa yang berlaku kepada umat Islam dewasa ini di peringkat antarabangsa dan di tanahair Malaysia ialah satu semboyan jihad bertujuan memberi peringatan kepada umat isla. Seluruh dunia.

2. Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan

“Memantapkan Ukhuwah, Merakyatkan Perjuangan” diangkat menjadi tema muktamar kali ini sebagai satu ajakan kepada ahli muslimin dan muslimat fokus kepada dua isu utama iaitu pengukuhan dalaman parti dan dalaman parti dan halatuju perjuangan PAS.

3. Cakna Isu Ekonomi, Merasai Denyut Nadi Derita Rakyat

Menurut laporan Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2006-2014 menunjukkan peningkatan. Maksudnya secara kasar negara tidak bermasalah dari segi menjana pendapatan tetapi apa yang penting ialah cara kerajaan menguruskan perbelajaannya.

Sejak berberapa tahun lalu selepaa siri mengejutkan laporan audit Negara didedahkan, Pakatan Rakyat (PR) sering mengingatkan kerajaan untuk mengurus tadbir ekonomi dan kewangan negara dengan bijak. Ianya untuk memastikan agar tiada lagi ketirisan, kebocoran dan salah guna kuasa namun semua cadangan PR diketepikan dan terbaru pada 1 April 2015, sistem Cukai PerkhidmatN & barangan atau good and service tax (GST) pula dilaksanakan pasa kadar 6%.
Sebagai contoh laporan Audit Negara 2014 menyatakan bahawa kerajaan malaysia mengalami ketirisan 20 bilion hingga ke 40 bilion setahun.

Rakyat dipaksa menanggung beban cukai bagi menampung ketirisanyang telah dilakukan oleh kerajaan barisan nasional. Ini satu tindakan yang zalim dan memeritkan rakyat di semua peringkat.

Setiap hari dalam setiap urus niaga, mata tidak terlepas daripada melihat resit bayaran barangan dan servis yang kita lakukan. Mencari-cari berapakah cukai GST yang dikenakan. Ini juga yang dilalui oleh rakyat bawahan dan bayangankan bagaimana situasi rakyat berpendapata rendah yang sebelum ini sudah cukup tertekan 5 orang anak, bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM1000 sebulan.

Sewa rumah RM500. Kos makanan sekeluarga sebulan mungkin RM350. Bagaimana pula tanggungan yuran sekolah, pakaian anak-anak dan keperluan yang lain? Bagaimana agaknya perbelanjaan mereka setelah GST dilaksanakan kini?

Sama-sama kita mubasabah adakah kita sudah memainkan peranan sebenar kita sebagai sebuah gerakan islam dan parti politik berdaftar di Malaysia ini. Sebagai wakil rakyat, katua kampung, pengerusi persatuan masyarakat, jiran atau atas dasar saudara sesama islam dan sesama manusia?

GST juga memberi kesan kepada golongan peniaga. Pada 11Mei 2015, media chine press melaporkan seorang peniaga cina membuat cubaan bunuh diri apabila bertindak mengelar pergelangan tanganya kerana tertekan dengan proses dan persediaan melengkapkan kedianya dengan peralatan komputer merekodkan transaksi GST. Ini hanyalah segelintir kisah yang dilaporkan berlaku.

Apakah solusinya? Itulah matlamat PAS dalam usaha menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan mengeluarkan mereka kepada keadilan dan demokrasi, PAS didaftar sebagai sebuah parti politik bertanding dalam pilihanraya sebagai wakil rakyat memperjuangkan isu-isu yang selari dengan matlamat islam itu sendiri iaitu rahmat ke seluruh alam.

Mudah kata, dakwah PAS perlu menjadi seperti hypermarket. Sebuah hypermaket menyediakan segala jenis keperluan dan kehendak pelanggan. Hendak cari gula ada, hendak cari pakaian pun ada, televisyen hatta mesin rumput pun ada. Begitulah , PAS For All. PAS untuk semua. Sedangkan islam itu rahmat untuk semua.

Semua jawapan kepada masalah dan keperluan rakyat ada dala PAS. Timbul isu sosial dan akhlak, PAS lah tempat rujuka, wujud isu ekonomi PAS juga lah seharusnya menjadi tempat rakyat mengadu nasib dan berpaut. Marilah kita sama-sam muhasabah diri, di mana dan apakah keduduka kita di sisi Allah dan di dalam masyarakat?

Di dalam Al Quran Allah S.W.T merkamkan kisah nabi yusof a.s yang dilantik menjadi menteri kewangan negara mesir menguruskan perbendaharaan negara dengan bijaksana. Simbolik seorang Nabi Allah S.W.T dilantik menguruskan kewangan dan ekonomi negara mesir sebagai mesej bahawa betapa tinggi tuntutan menguruskan hasil mahsul bumi ini menurut panduan Allah S.W.T.

Sama-sama kita mengambil ikhtibar bagaimana panduan di dalam Al Quran jalan kepada mereka yang bergelar pemimpin dalam menguruskan negara dan rakyatnya. Pimpinan negeri-negeri pakatan rakyat juga harus mengambil pengajaran dalam membina model-model urus tadbir yang bersumberkan wahyu daripada Allah S.W.T.

Selepas perlaksanaan GST, timbul pula isu hutang 1MDB dan Tabung Haji. 1MDB telah membuat hutang sebanyak RM42 bilion dan menjadi Tabung Haji sebagai penyelamat. 1MDB telah membeli tanah Tun Razak Exchange sebanyak 70 ekar dengan harga RM194.1 juta dan menjual 1.56 ekar tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta. Harga yang dibeli oleh Tabung Haji hampir sama dengan harga 70 ekar oleh 1MDB.

Semua ini berlaku akibat dari kelemahan pemerintahan negara. Kita perlu sedar dan konsisten menyedarkan rakyat kepimpinan negara perlu ditukar kepada pemimpin yang lebih telus, amanah dan jujur atau berintegiti dalam urus tadbir negara. Sekiranya perdana Menteri yang juga presiden UMNO diturunkan dan digantikan dengan pemimpin daripada parti yang sama juga maka hasil juga sama. Seperti kuih walaupun acuan bentuk berbeza tapi bahan-bahan perbuatannya sama maka sama jugalah rasanya.

Acapkali isu ekonomi dijadikan perbincangan yang penting sehinggakan ada yang mempersoalkan mengapa PAS harus cakna perkara ini?

Islam mengajar kita bahawa kefakiran itu boleh membinasakan iman, dinyatakan juga amaran pemberi rasuah dan penerima rasuah tempat mereka adalah di dalam neraka. Orang yang tidak menunaikan zakat, mengamalkan tiba’, mencuri dalam timbangan dibalas dengan azab yang pedih. Daging yang tumbuh daripada memakan makanan yang haram tidak boleh masuk syurga sehingga mereka disucikan dengan bakaran api neraka. Tidak dikira beriman seseorang itu yang tidur malam sedangkan jirannya berada dala kelaparan.

4. Bina Pasukan Seperti Ikhwanul Muslimin

Rakyat dilanda pelbagai penindasan hasil dari kerajaan yang kerap. Siapa yang akan membela nasib rakyat jika bukan kita. Kita perlu menjadi telinga dan mata masyarakat, dalam keadaan rakyat dibebani masalah ekonomi, kitalah yang akan membela nasib mereka.

Marilah bersama sama kita mencontohi Ikhwanul Muslimin. Apa yang telah ditunjukkan Assyhid Imam Al Banna, bagaimana pasukan yang dibina oleh beliau hinggakan dakwah tersebar hampir ke seluruh dunia. Lahirnya ukhwah yang mantap dikalangan ahli Ikhwanul Muslimin adalah hasil penekanan terhadap 4 perkara iaitu Iman, Amal, Mahabbah (kasih sayang) dan ukhwah (persaudaraan dan sahabat).

5. Ibrah Perang Jamal & Kemenangan Penaklukan Konstantiopel

Dalam konteks PAS kini, berlakunya kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan, tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan islam PAS yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jemaah.

Analisis para sejarawan terkemuka yang dipetik oleh Ustaz Shaari Abdul Rahman menjelaskan 3 faktar yang perlu diambil kira sebelum membincangkan faktor-faktor strategik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh. Profesor Halil dari Turki menyatakan kejayaan menamatkan riwayat Empayar Rom Byzantine ini hadir selepas 12 kali percubaan umat islam terdahulu menawan kota itu.

Faktar pertama adalab generasi sebelum Sultan Muhammad telah bertanggungjawab menyepitkan kuasa kristian Ortodoks itu, sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan terpinggir sehingga memudahkan Sultan Muhammad memberi fokus sepenuhnya hanya kepada Konstantinopel.

Faktar kedua pula adalah Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Uthmaniyyah yang stabil tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera dan kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya yang mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne.

Faktar ketiga pula adalah Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh mencukupi pendidikan spritual dan intelektual, serta hubunganny yang sangat erat dengan Syekh As Syamsuddin, mullah nenaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantine yang sudab disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas konstantinopel akan memihak kepada beliau.

6. Politik Santun Dengan Sentuhan Muslimat

Keutuhan tiga entiti utama muslimat muda; Nisa, Briged Muslimat dan Ameerah dapat dilihat dari sehari ke sehari, peranan mereka dalam menjayakan misi kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan politik dikalangan wanita muda dilihat sentiasa segar.

7. Akhlak Berjemaah

Sembilan sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam.1) ikhlas 2) yakin dengan janji Allah bergantung harap hanya pada Allah 3) istiqamah syarat kemenangan 4) Wala’ ; kasih sayang,percaya dan taat 5) Ukhuwah 6) kerahsian menjaga rahsia Parti dan amanah dalam gerakkerja parti 7) tidak leka dengan pencapaian yang ada 8) menunaikan janji dan beriltizam dengannya 9) tidak melampau

Akhir kata, siiru ‘ala barokatillah