Dato’ Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan bidang keusahawanan yang disebut titah ucapan Tuanku Sultan pada muka surat 13 dan 14. Disebut bahawa bilangan pendaftaran baharu perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melebihi 17,000 orang yang mendaftar pada tahun 2016. Saya ingin tahu daripada jumlah tersebut apakah bidang perniagaan keusahawanan yang paling banyak didaftarkan dan sejauh manakah pemantauan dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan matlamat melahirkan usahawan yang berjaya ini dapat dicapai?.
Dan disebutkan juga dalam titah ucapan Tuanku Sultan bahawa sepanjang tahun 2016 agensi keusahawanan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan dan Keusahawanan telah mengadakan 504 kursus dan latihan keusahawanan yang telah melibatkan sejumlah 36,000 usahawan dan bakal usahawan dan jumlah tersebut saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan berapakah jumlah ibu tunggal yang terlibat?. Dan sejauh manakah usaha kerajaan menggalakkan mereka menjadi usahawan bagi membantu dan meningkatkan taraf hidup mereka ke arah lebih baik?.
Saya difahamkan kebanyakkan ibu tunggal ini tidak didedahkan dengan maklumat yang jelas tentang prluang-peluang yang ada serta bentuk bantuan yang disediakan khususnya dari aspek kewangan.
Saya mengharapkan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan mengambil serius masalah ini kerana ada kalangan ibu tunggal samada bergerak secara individu atau koperasi yang perniagaannya tersekat kerana tiada sumber kewangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, berkenaan dengan usahawan ini juga saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk meminta penjelasan dari pihak kerajaan berkenaan dengan perkembangan terkini tentang tiga program fleksi keusahawanan yang tekah dimulakan pada tahun 2009 iaitu T- Shop, T-Cafe dan T-Media. Sejauh manakah perkembangannya sehingga kini?. Apakah ia masih berfungsi dan berperanan untuk membangun dan membentuk usahawanan bumiputera di kalangan IKS yang memfokuskan kepada sektor peruncitan, penyediannya makanan dan pemasaran produk kraf warisan. Jika ianya masih berfungsi berapakah jumlah khususnya outlet yang ada T Shop dan T Cafe yang ada sehingga sekarang?. Adakah kedua-duanya mencapai sasaran jualan tahunan yang ditetapkan?.
Dato’ Yang Di Pertua, antara perkara yang sering berbangkit oleh para usahawan adalah masalah produk-produk yang diusahakan. Sehubungan dengan itu saya ingin mengetahui status terkini T- Mart yang merypakan premis pernjagaan yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu memasarkan produk usahawan tempatan di luar Terengganu bahkan di luar negara. Sejauh mana T- Mart ini beroperasi sehingga sekarang dan adakah ia melibatkan semua jenis produk atau produk tetentu sahaja?.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, berkenaan dengan masalah pemasaran ini juga saya ingin bangkitkan di sini rungutan rakyat khususnya penduduk di pinggir bandar dan di luar bandar. Pada setiap kali musimnya buah-buahan khususnya pada musim buah duku. Apabila berlakunya lambakan buah,- buah di pasaran di mana penawaran melebihi permintaan menyebabkan harga akan jatuh sedangkan di waktu yang sama permintaan di luar Terengganu masih tinggi dan harga pun masih tinggi pada waktu tersebut. Tetapi pihak kerajaan tidak dilihat tidak membuat apa-apa bagi penduduk terlibat dari sudut pemasaran . Saya ucapkan tahniah atas keperihatinan dari salah seorang ahli Exco kerajaan Negeri Yang Berhormat Adun Ajil yang mengambil tindakan membeli buah duku dari penduduk dan mengagihkannya secara percuma kepada pengguna jalan raya. Tapi Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, saya rasa ini adalah penyelesaian yang pendik. Oleh sebab itu saya mengharapkan kerajaan memandang lebih serius dalam isu ini bagi membantu penduduk dengan mengemukakan penyelesaian atau pelan jangka panjang agar penduduk yang berkaitan dapat mengambil peluang meningkatkan pendaoatan kekuarga setiap kali tiba musim buah-buahan.
Yang Berhormat Dato ‘ Yang Di Pertua, saya tidak akan mengambil masa yang panjang namun sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin menyentuh sedikit tentang masalah kawadan saya. Dalam ucapan saya ketika.membahaskan bajet 2017 pada November yang lepas, saya ada bangkitkan masalah Masjid Kebor Ait yang tidak dapat diserahkan kepada pejabat agama disebabkan beberapa masalah yang timbul. Alhamdulillah semua masalah itu telah dapat diselesaikan dan Jumaat pertama telah dapat didirikan di masjid tersebut pada 10 Februari yang lepas. Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih bagi pihak penduduk atas tindakan segera yang diambil bagi menyelesaikan
segala masalah yang berbangkit.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, kali ini saya menerima pula aduan dari pihak pengurusan Masjid Bukit Petiti berkenaan dengan masjid yang agak uzur sekarang ini. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Masjid Bukit Petiti ink telah dibina semenjak 40 tahun yang lalu. Berbagai kerosakkan telah berlaku dan di antara paling serius dan paling ketara ialah bumbung masjid yang sekarang ini berlaku kebocoran dan ketirisannya ketara khususnya musim tengkujuh. Keadaan teruk bumbung dan syiling dimakan anai-anai yang boleh menyebabkan ia runtuh bila- bila masa sahaja. Dan ini sudah tentu akan mrmbahayakan jamaah yang hadir untuk solat jamaah khususnya pada hari Jumaat. Daya juga dimaklumkan oleh luhak pengurusan masjid keadaan menara masjid yang krlihatan bergoyang ketika angin bertiup kencang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di Pertua, surat memohon peruntukan bagi membaik pulih kerosakkan yang ada dikemukakan kepada pejabat agama sejak Julai 2013 yang lalu dan surat ini dijawab tiga tahun kemudian iaitu pada Jun atau Julai 2016 yang lepas. Di mana surat jawapan itu menyebut bahawa ia dalam perhatian tetapi sehingga sekarang tiada apa- apa tindakan atau kelulusan bagi tujuan membaik pulih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Apakah jenis dan bentuk birokrasi ini yang berlaku?. Yang Di Pertua, saya tak faham kenapa perkara yang melibatkan masjid yang berkait dengan kepentingan masyarakat boleh menerima nasib yang malang ini?. Apakah tidak ada sedikit pun peruntukan dengan duit zakat yang masih terkumpul sehingga 6 November 2016 sebanyak rm 380 juta bagi tujuan membaik pulih masjid dan menyelesaikan segala masalah yang berbangkit?. Saya harap ada tindakan segera selepas daripada ini dan kalau perlu pihak penduduk setempat bukan sahaja layak untuk mendapat peruntukkan bagi tujuan membaik pulih kerosakkan yang ada bahkan mereka sudah berhak sebenarnya untuk mendapat masjd yang baru sebagaimana yang telah dinikmati oleh penduduk di masjid Kampung kebor Air.Jadi kita harap perkara ini dan mrndapat perhatian kerana saya kira ia amat serius dan perlu disegerakan bagi manafaat dan kebaikan penduduk setempat.
Yang Amat Berhormat Yang Di Pertua, saya kira itulah secara ringkas beberapa isu yang saya nak sebutkan dalam perbahasan kali ini. Semoga ianya beri manafaat. Segala yang baik daripada Allah, kekurangan dari saya sendiri.