Tunjuk Perasaan Thailand – ‘Pendudukan’ Kementerian Merebak

986

Penunjuk perasaan Thai telah mengepung beberapa kementerian kerajaan Thailand dalam kempen peningkatan untuk menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra .

Penunjuk perasaan mensasarkan kementerian pelancongan, pengangkutan dan pertanian pada Selasa , sehari selepas berkerumun di kementerian kewangan dan kementerian luar.

Demonstrasi jalanan yang berlaku merupakan paling besar sejak 2010, dan para pegawai kerajaan dilihat meninggalkan bangunan-bangunan kerajaan.

Perdana Menteri Thailand merayu sebelum ini supaya para penunujk perasaan menamatkan demonstrasi kerana beliau bersedia untuk menghadapi undi tidak percaya dalam parlimen.

Protes telah didorong oleh tuntutan yang mendakwa kerajaan Yingluck Shinawatra dikawal oleh abangnya , bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Thaksin Shinawatra digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 kerana dikatakan terlibat dengan amalan rasuah .

” Semua orang perlu mematuhi undang-undang dan tidak menggunakan ‘hukum rimba’ untuk mengatasi kedaulatan undang-undang ,” Yingluck Shinawatra memberitahu pemberita ketika beliau tiba di parlimen awal pada hari Selasa.

Beliau mengulangi sumpahnya bahawa pihak berkuasa tidak akan sama sekali tidak menggunakan kekerasan bagi membendung tunjuk perasaan.

Laporan wartawan al-Jazeera dari Bangkok menyatakan, sebuah mahkamah di Thailand telah meluluskan waran tangkap terhadap Suthep Thaugsuban (Gambar atas) , salah seorang pemimpin kanan bantahan, pada hari Selasa, berkaitan dengan pendudukan kementerian.

Suthep yang juga bekas ahli parlimen kawasan Surat Tani dan Timbalan Perdana Menteri kerajaan dibawah Abhisit Vejjajiva, bagaimana pun berikrar untuk terus ‘tinggal’ di Kementerian Kewangan, di mana beliau terus ‘duduk protes’ bersama penunjuk perasaan yang lain.

Sebagai tindak balas, pasukan polis sudah bercadang untuk pergi ke bangunan-bangunan kerajaan yang diduduki dan cuba untuk memujuk penunjuk perasaan supaya beredar. – sumber al-Jazeera