Tugas Ahli PAS Berdakwah

323

MARANG – Tugas utama ahli-ahli PAS adalah untuk menyampaikan dakwah dengan kemampuan dan kebolehan masing-masing tidak mengira sasaran dakwah..

Timbalam Ketua Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata hendak menyampaikan dakwah mesti ada cara. dan garis panduannya.

“Mesti belajar cara penyampaian kepada orang tua, orang muda remaja dan kanak-kanak, perlulah mengikut tahap yang sesuai dengan mereka,” ujarnya.

Tuan Roslina berkata demikian ketika dihubungi petang ini mengulas ucapannya ketika merasmi Program Ikon Muslimat Berwibawa yang diadakan di sini pada 19 Julai.

Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus itu juga turut mengingatkan agar melakukan solat hajat sebelum menyampaikan dakwah.

“Untuk memohon kepada Allah subhanahuwataala dipermudahkan segala urusan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahualaihiwasallam yang sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah dalam menyampaikan kerja dakwah.

Beliau berharap peserta – peserta-peserta program anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Baru, Muslimat Negeri Terengganu itu, memanfaatkan sebaiknya ilmu yang diperolehi pada kursus yang diadakan sebanyak lima siri itu dalam gerak kerja dakwah.

“Seterusnya ilmu tersebut hendaklah disebarkan lagi kepada yang lain di peringkat masing-masing,

” Walaupun kita diberi kemenangan oleh Allah subhanahuwataala tetapi PAS yang bersama PN dan ahli PAS khususnya terus melaksanakan gerak kerja dakwah tarbiah dan siasah bagi mengekalkan kemenangan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Jentera kempen yang sentiasa bersiap siaga bekerja menghadapi PRU yang akan datang,” katanya lagi.