Tragedi malang berlaku tengahari semalam dahan pokok besar tepi jalan merekah menyebabkan jatuh di atas dua buah kereta yang kebetulan melalui jalan Mengabang Lekor – Pengkalan Atap menyebabkan dua orang meninggal dunia dan tiga orang mengalami kecederaan teruk.
Peristiwa ini sangat menakutkan penduduk yang mana mereka sudah lama menaruh kebimbangan kepada pokok-pokok besar yang berada di tepi jalan itu. Kejadian ini bukan setakat bahaya kepada penduduk bahkan merbahaya kepada pengguna jalan raya.
Sebelum ini sudah ada yang berlaku dahan besar patah dan jatuh di atas rumah kedai penduduk di situ.
Justeru, tragedi yang baharu saja berlaku ini menaikkan amarah penduduk di situ, rata-rata dari kalangan mereka mendesak pihak berkuasa supaya menebang pokok-pokok besar di sepanjang jalan.
Saya mewakili penduduk Batu Rakit mendesak pihak berkuasa mengambil tanggungjawab menebang semua pokok dan diharapkan wakil rakyat yang kebetulan tinggal di kampung bersebelahan dan semua J3K berganding bahu mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum datangnya musim hujan akhir tahun ini.
Mohd Shafizi Ismail
Ketua Pemuda PAS
Batu Rakit
8 Oktober 2017