Terengganu, Malaysia

Tragedi Hitam Perobohan Masjid Bujal ‘Menghantui’ Dua MB Terengganu

kam3218(b)-bujal2 (2)

Oleh : KAM

Rakyat Terengganu khususnya penduduk yang terlibat secara langsung dengan peristiwa ‘hitam’ perobohan sebuah masjid yang dibina dari titik peluh masyarakat marhain dan hasil sumbangan orang ramai akan dikenang sepanjang zaman.

MASJID BUJAL1Tragedi 10 tahun lalu itu, masih segar dalam ingatan rakyat apabila Masjid Desa Makmur atau lebih dikenali dengan ‘Masjid Bujal’, yang terletak di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal, Kemaman dirobohkan oleh pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pelan susun atur RTB Bujal itu menyediakan 363 lot unit kediaman serta satu lot yang dikhaskan bagi tapak pembinaan surau/ masjid di atas lot PT3297 yang dibina di atasnya sebuah masjid.

Peristiwa di luar dugaan yang sama seperti perilaku zalim, rejim Zionis Yahudi di Palestin itu berlaku di hadapan mata rakyat di bumi Terengganu Darul Iman pada tanggal 26 Mei 2005 yang lalu.

MASJID BUJAL3Waktu itu, kerajaan PAS Terengganu baharu sahaja ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004, dan digantikan dengan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Dato’ Seri Idris Jusoh dinobatkan sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu yang paling licik kerana berjaya menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu dengan berlakunya peningkatan jumlah peratusan pengundi luar biasa.

Di zaman pemerintahan Idris Jusoh itu, kerajaan Umno-BN ‘merampas’ kembali semua lot-lot tanah yang pernah diagihkan kepada rakyat oleh bekas kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) termasuk di RTB Bujal.

kam3218(a)-bujal1Akhirnya, tangisan dan derita rakyat itu juga telah menjatuhkan Dato’ Seri Idris Jusoh yang angkuh itu dari kerusi ‘panas’ MB, apabila pada PRU ke-12 tahun 2008, Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin enggan menerimanya kembali sebagai Menteri Besar Terengganu.

Bayangan tragedi perobohan Masjid Bujal itu menjadikan Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai MB sepenggal (2004-2008) sahaja.

Sejurus selepas itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said pula dipilih untuk menjawat jawatan kontroversi sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sejarah juga tidak pernah lupa bagaimana peranan Ahmad ketika perobohan Masjid Bujal tahun 2005, kerana waktu itu beliau sebagai Adun Kijal dan Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Ahmad Said pernah dalam satu kenyataannya bagi ‘menghalalkan’ tindakan perobohan itu dengan membuat dakwaan struktur bangunan yang dirobohkan itu adalah sebuah markaz PAS yang diraguinya.

Kononnya, pihak berkuasa selepas perobohan itu turut menjumpai ‘molotov koktail’, bendera parti (PAS) serta senjata tajam di sekitar bangunan tersebut.

kam3218(h)-bujal8Doa mangsa-mangsa tragedi perobohan Masjid Bujal pernah dilakukan selama 40 hari bagi mendapat pembelaan dari Tuhan, sama ada cepat atau lambat agar kerajaan Umno-BN tumbang.

Kesudahannya, Ahmad Said juga menerima pembalasan Allah SWT apabila beliau juga terpaksa diturunkan dari jawatan Menteri Besar Terengganu dengan cara yang memalukannya.

Pada 12 Mei 2014, setahun selepas PRU ke-13 itu Dato’ Seri Ahmad Said juga diminta melepaskan jawatannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Najib Tun Razak.

Umno-BN Terengganu ketika itu bagaikan ‘kiamat’ apabila beliau (Ahmad) bersama dengan dua Adun BN lain bertindak keluar dari parti Umno dan mengistiharkan sebagai Adun Bebas.

Kekuatan parti (Kerajaan dan Pembangkang) ketika itu, Barisan Nasional mempunyai 15 kerusi Dun, PAS (14), Parti KeADILan Rakyat (PKR) satu kerusi dan Bebas (dua kerusi).

kam3218(i)-bujal9Namun tindakan pantas Umno-BN berjaya menyelamatkan keadaan itu apabila Ahmad dan dua Adun BN lain akhirnya kembali semula menyertai Umno dalam tempoh kurang 48 jam sahaja.

Memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal di Kijal, Kemaman itu sebenarnya boleh mencetuskan revolusi rakyat terutama di kalangan anak-anak muda yang ketika peristiwa itu berlaku masih di bawah umur.

Tinjauan menemui anak-anak muda yang menjadikan tragedi Masjid Bujal itu sebagai inspirasi bagi menumbangkan Umno-BN dari tampuk pemerintahannya.

Saudara Wan Abdul Hadi Wan Mohd Kamil, 30, dari Kampung Gong Pauh, Chukai berkata penglibatan beliau aktif dengan PAS kerana mahu menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran Islam.

Menurutnya, ketika peristiwa roboh Msjid Bujal ketika itu berumur 20 tahun dan masih belum layak mengundi.

kam3218(c)-bujal3“Saya rasa cukup terkesan dengan peristiwa Masjid Bujal itu, mereka (kerajaan BN) roboh rumah Allah yang dibina dari hasil derma orang ramai dan sangat zalim.

“Sejak itu, saya mula aktif dengan PAS dan berjuang untuk tentang kezaliman dan tegak keadilan dengan Islam, yang penting tumbangkan Umno-BN di Terengganu,” ujarnya.

Beliau merupakan lepasan pelajar agama di Institusi Pondok yang sama sekali tidak boleh menerima cara kerajaan BN Terengganu itu.

Saudara Wan Mohd Amar Wan Mohamad, 27, dari Kampung Bukit Kuang berkata ketika tragedi itu beliau berusia 17 tahun.
Katanya, waktu peristiwa perobohan berlaku disangkakan sekadar khabar angin sahaja kerana tidak masuk akal masjid hendak dirobohkan.

“Sangkaan saya meleset dan ingatkan itu (perobohan) hanya khabar angin sahaja sebab yang hendak diroboh itu adalah sebuah masjid dan tidak masuk akal.

“Saya sendiri pernah bersama orang ramai buat gotong-royong untuk bina Masjid Bujal itu. Kita (orang kampung) pakat kumpul duit untuk buat masjid,” jelasnya.

Menurutnya, selepas peristiwa perobohan itu tekad dan niat untuk tidak menyokong dan mengundi Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

kam3218(d)-bujal4Rakannya, Ahmad Dasuki Mohd Tahil, 23, dari Kampung Mak Cili juga berpendapat program sambutan memperingati tragedi Masjid Bujal wajar diteruskan.

“Saya sangat setuju dan molek (baik) program (memperingati) Masjid Bujal ini dapat diadakan setiap tahun, boleh diteruskan lagi.

“Rakyat dapat tahu dan generasi selepas perobohan itu dapat mengetahui cerita sebenar siapa Umno dan kerajaan BN Terengganu,” ujarnya.

Katanya, ramai di kalangan anak-anak muda yang pertama kali boleh mengundi selepas peristiwa itu menolak Umno-BN.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Kawasan Kemaman yang mengadakan program sambutan sempena 10 tahun robohnya Masjid Bujal, Kemaman.

“Masjid adalah institusi penting dalam sebuah negeri dan negara. Nabi SAW telah mendirikan Masjid Quba dan masjid Nabawi apabila baginda berhijrah ke Yathrib (Madinah).

“Masjid menjadi tempat berkumpul umat Islam, tempat beribadat secara berjemaah dan sebagai syiar penting dalam menegakkan hukum dan ajaran Allah.

kam3218(e)-bujal5“Allah melarang kita dari berlaku zalim terhadap orang lain, apatah lagi yang diruntuhkan itu bangunan yang menjadi tempat menyembah Allah Ta’ala,” jelasnya.

Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid mendakwa perobohan Masjid Bujal itu kerana dendam politik dan cubaan mengikis ingatan rakyat terhadap jasa kerajaan PAS Terengganu.

“Di atas dasar dendam politik, mereka (Umno-BN) cuba mengikis ingatan rakyat terhadap jasa baik bekas kerajaan PAS Terengganu yang agihkan tanah kepada rakyat.

“Kerajaan BN telah membatalkan semua proses pemilikan tanah dengan meruntuhkan rumah rakyat di RTB dan rumah Allah (Masjid Bujal),” tegasnya.

Beliau berharap agar program sambutan 10 tahun perobohan Masjid Bujal itu dapat mengingatkan rakyat tentang kezaliman Umno-BN merampas hak rakyat.

Menurutnya, selepas peristiwa perobohan Masjid Bujal pada tahun 2005, beberapa bangunan, premis kerajaan dan struktur binaan runtuh satu persatu termasuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Natijah dari peristiwa tersebut kedua-dua pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu ‘dihantui’ dosa meroboh masjid dengan kehilangan jawatan nombor satu sebagai Menteri Besar Terengganu.

Sambutan memperingati 10 tahun robohnya Masjid Bujal itu diadakan di Dataran Meraga Beris, Kijal, Kemaman dari 21 hingga 23 Mei 2015 lalu.

Pelbagai pengisian diatur seperti karnival jualan, pameran, rawatan syifa’, sumbangan kebajikan, kuliah dhuaha, pertandingan pidato, pantomen khas perobohan Masjid Bujal, mewarna kanak-kanak, sukan pemuda, sukan rakyat, sembang santai bersama Abby Abady dan Bob Lokman, mengedar risalah Bujal dan GST, kuliah maghrib serta ceramah perdana.

Acara rasmi penutup program disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan