Terengganu, Malaysia

Top IT Tamatkan Khidmat 200 Pegawai EIO Serta Merta

pekerja Top IT diberhentikan

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Sambutan tahun baru 2016 ini menjadi peristiwa ngeri apabila 200 Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) dan Pegawai Sokongan Teknikal (TSO) anak syarikat kerajaan negeri TOP IT Industries Sdn. Bhd diberhentikan tanpa alasan munasabah.

pekerja lelaki Top ITMereka diberhentikan sekaligus kerana tidak disambung kontrak masing-masing yang berakhir 31 Disember lalu dan terpaksa menganggur serta hilang punca pendapatan keluarga mereka.

Apa yang lebih mendukacitakan pekerja terbabit adalah, mereka tidak dimaklumkan lebih awal pemberhentian tersebut meski pun prestasi kerjanya cemerlang.

Seorang pekerja yang ditamatkan kontraknya, Mohd Rahim Khairuddin [Gambar kanan] melahirkan rasa terkilan dan dukacita dengan pemberhentian itu yang hanya diketahui melalui email.

Rahim Top ITKatanya, bagaimana dengan masa depan dan nasib keluarga yang telah hilang punca pendapatan sekaligus.

“Saya dan isteri bekerja sebagai pegawai perjawatan EIO dengan TOP IT Industries ini selama tujuh tahun sejak 2009 lagi.

“Saya rasa cukup sedih dan terkilan kerana dapat email (pemberhentian) ini secara ‘adhoc’ dan bersama isteri ditamatkan kontrak, ini tidak dijangka kerana tanpa alasan,” ujarnya dengan nada sayu.

Namun, beliau berharap agar pihak syarikat TOP IT Industries khususnya kerajaan negeri membuat pertimbangan semula.

Azimin Top ITBekas pegawai EIO, Mohd Azimi Yaakob [Gambar kiri] yang bertugas di Tecdec sebelum ini juga ditamatkan kontraknya dengan TOP IT Industries.

“Saya rasa dukacita kerana ditamatkan kontrak kerja ini tanpa notis awal. Jadi, saya mohon pihak syarikat ini buat pertimbangan semula dan bukan dengan cara drastik seperti ini.

“Kami semua yang diberhentikan seramai 182 orang di seluruh negeri ini amat tidak berpuas hati dengan cara pemberhentian ini tanpa alasan munasabah,” ujarnya.

Norhayati Top ITSeorang pekerja wanita, Puan Norhayati Mohamad [Gambar kanan] dari Jerangau, Dungun turut terkilan, sedih dan terkejut dengan penamatan kontrak kerjanya.

Ini kerana, kata beliau hanya mengetahui nasib malang ini melalui email pada 31 Disember 2015 lalu.

“Saya rasa cukup sedih dan terkilan dengan cara ini. Prestasi kerja saya baik dan tidak ada masalah dengan pihak sekolah.

“Seolah-olah, khidmat saya selama enam tahun sebagai pegawai TSO yang baik itu tidak dihargai langsung dengan cara pemberhentian ini tanpa notis.

“Saya pun harapkan kepada gaji itu untuk bayaran pinjaman kereta, keperluan kami sekeluarga dan lain-lain,” jelasnya. [Video Dibawah]

pekerja wanita Top ITMenurutnya, adalah tidak wajar pihak syarikat membuat penamatan kontrak kerja tanpa notis awal paling kurang satu hingga dua bulan lalu.

Semalam, Ahad 3 Januari, para pekerja yang ditamatkan kontraknya itu membentuk dua kumpulan pergi ke pejabat TOP IT Industries Sdn.Bhd bagi mendapat penjelasan pihak syarikat berkenaan.

Manakala, satu kumpulan lain ke Pejabat Menteri Besar Terengganu di Tingkat 16, Wisma Darul Iman bagi menyerahkan memorandum kepada Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Korporat, Alias Ibrahim yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TOP IT Industries sekadar memberi jawapan meminta pekerja terbabit membuat surat rayuan kembali.

https://youtu.be/DubSpbQxkaM

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan