KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu menyifatkan kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang menggelar Presiden PAS sebangai ‘nyanyuk’ adalah sangat melampau dan tidak boleh diterima.
Pengerusinya DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran berkata ia melambangkan ‘hati kotor’ Tony Pua yang tidak dapat menerima kebenaran yang diketengahkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Tidak patut……melampau……Tony Pua membuat kenyataan ‘menghina’ begitu, kalau Tony Pua tidak faham tentang Islam dan kebenaran yang dibawa oleh PAS sebagai Parti Islam, selaku salah seorang pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat,
“Tony boleh meminta kepada PAS untuk memberi penjelasan dan saya bersedia meweakili DHPP Terengganu untuk berbincang dengan Tony,”ujar Dr Bala.
Katanya, ucapan penangguhan Presiden PAS semasa Muktamar itu adalah merupakan panduan dan arahan kepada ahli dan penyokong PAS, bahkan beliau mendapati, tidak sedikit pun mengata atau menyebut perkara-perkara yang ‘hodoh’ tentang DAP.
Oleh itu, Dr Bala menasihati Tony agar tidak terlalu menjaga ‘tepi kain’ parti lain, dan memahami bahawa pemuafakatan Pakatan Rakyat, walau pun longgar, tidak membenarkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju melemparkan ‘kata-kata nista’.
“mungkin Tony Pua tidak faham tentang agama Islam, jadi……saya dengan rela hati sanggup memberikan panduan kepada beliau untuk memberikan sedikit penerangan tentang Islam,”tambahnya