Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mendesak agar Peguam Negara, Tommy Thomas direhatkan serta merta supaya integriti peguam negara menjadi telus dan adil.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu,Harun Esa berkata saya berharap agar Prosiding Menghina Mahkamah terhadap Peguam Negera diteruskan.
“Ia satu kegembiraan buat seluruh negara tanpa mengira agama dan bangsa,apatah lagi proses inkues Adib sebelum ini diduga dengan pelbagai halangan dan campur tangan pelbagai pihak termasuk Peguam Negara”
“Tindakan ini adalah amat perlu kerana Tommy Thomas sudah ada sejarah yang tidak baik dalam proses perundangan berkaitan Inkues Almarhum Adib,” ujarnya.
Beliau juga mengharapkan Polis Diraja Malaysia(PDRM) agar terus mengambil tindakan terhadap pesalah bagi mengenalpasti pesalah yang terbabit membunuh Almarhum Adib.
“Saya mewakili DPPNT agar kes ini dibuka siasatan dan mencari penjenayah yang telah membunuh Almarhum Adib dengan kadar segera”
“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar teruskan berdoa agar urusan sisasatan dan keadilan buat Almarhum Adib dipermudahkan oleh Allah S.W.T,” tambahnya.











