Tolak TPPA, Tolak Umno-BN!

1377

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru semua anak-anak muda di negeri ini bersama-sama membanjiri Dataran Merdeka bagi membantah TPPA paa Sabtu 23 Januari

IMG_20160120_141654Timbalan Ketuanya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata ia adalah sangat penting bagi masa depan mereka semua.

“Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengharapkan semua anak-anak muda di negeri Terengganu dapat bersama-sama menbanjiri Dataran Merdeka pada 23 /1 ni nanti,

“demi memastikan Malaysia tidak termasuk dalam perangkap Amerika Syarikat sehingga kita terbeban dengan penjajahan ekonomi baru yang telah diperkenalkan melalui perjanjian TPPA,”ujarnya.

Justeru itu, ADUN Tepoh itu meletakkan sasaran seramai 8,000 orang para pemuda, ahli dan penyokong PAS serta anak-anak muda yang prihatin memastikan demonstrasi tersebut dapat menghantar isyarat kepada pemerintah.

IMG_20160120_141948“(kita) berhasrat 8000 orang anak-anak muda seluruh negeri Terengganu dapat bersama – sama bagi kita memastikan bantahan secara konsisten,

“dan untuk kita memastikan satu isyarat yang cukup jelas kepada dunia dan negara ini bahawa anak- anak muda Malaysia membantah TPPA yang bakal membawa pelbagai keperitan hidup untuk rakyat negara Malaysia,”jelasnya.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengulangi seruan mengajak seluruh rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya untu bersama-sama menolak TPPA ciptaan Amerika Syarikat.

W sukairi TPPAPenolong Setiausahanya Ustaz Wan Sukairi menegaskan PAS Terengganu meletakkan sasaran peserta seramai 20,000 yang akan turun ke Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

Selaku Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, beliau komited dengan arahan PAS Terengganu dan yakin seramai 3,000 orang ahli dan penyokong PAS dari kawasan itu akan bersama-sama.

Sementara itu ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat berikrar akan membawa bersamanya 1,000 peserta dari DUN terbabit bagi menyertai demonstrasi tersebut.

“Kami menolak TPPA ciptaan Amerika Syarikat……….ianya lebih banyak menyusahkan kehidupan terutama dizaman kos kehidupan yang melambung tinggi.

IMG_20160120_142451“Bagi memastikan kerajaan menolak TPPPA, kami PAS DUN Chukai akan berkampung di Kuala Lumpur seramai 1000 orang yg terdiri dari anak muda, ahli dan penyokong serta golongan veteran,”tegasnya.

Beliau yakin, TPPA akan memusnahkan masa depan generasi akan datang dan menggesa rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional yang disifatkannya menjadi ‘tali barut’ Amerika.

“kerajaan Umno dan Barisan Nasional bersetuju dengan TPPA dan begitu bersemangat memberi penerangan kepada rakyat……….…kononnya TPPA akan memberi kebaikan, jelas Umno telah menjadi ‘tali barut’ Amerika Syarikat dan saya menyeru seluruh rakyat menolak mereka pada pilihanraya umum akan datang,”ujarnya.