Tok Guru Nafi Sekeras-kerasnya ‘kenyataan ahli UMNO tak masuk syurga’

679


Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota UMNO tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin. (Gambar – Dua Tok Guru berbincang sewaktu proses penamaan calonsemalam)

“Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” katanya kepada pemberita di sini yang dipetik Bernama hari ini.

Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

“Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya.