Terengganu, Malaysia

Tingkat dan Perkukuhkan Keselamatan Perairan Negara

bendera lanun

Ekoran terdapat pelbagai spekulasi berhubung isu kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony pada 11 Jun lalu, PAS menegaskan supaya semua aset dan kelengkapan keselamatan perairan negara dipertingkat dan diperkukuh.

tanker_missing_renamed_TLDM_180615Menurut Ketua Penerangannya, Ustaz Nasruddin Hassan, isu rompakan dan serangan terhadap kapal-kapal komersial di kawasan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan telah banyak berlaku sebelum ini.

“Berdasarkan data yang diperolehi pada tahun 2014, sekurang-kurangnya 3 buah kapal komersial telah dirompak sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

“Antaranya, sebuah kapal kargo minyak Jepun dirompak di kawasan pengairan Pulau Ketam pada bulan April 2014, disusuli dengan kapal dagang MT AI MARU di kawasan pengairan Timur Laut Sedili, Johor pada bulan Jun 2014 dan juga rompakan ke atas kapal kargo minyak MT Oriental Daily di kawasan pengairan Laut China Selatan sebulan selepas itu,”jelasnya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan

Oleh itu, menurutnya lagi, isu terbabit turut menimbulkan keraguan sejauhmana keberkesanan kapasiti kerajaan dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) menangani proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di rantau ini.

Maru_M_140709Ahli Parlimen Temerloh itu menambah, begitu juga kemantapan kerjasama maritim menerusi mekanisme ‘Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG)’ yang telah wujud sebelum ini.

“Ekoran daripada kehilangan kapal tersebut sehingga kepada penangkapan beberapa suspek, terlalu banyak persoalan yang timbul dikalangan rakyat dan ia boleh menjejaskan wibawa keselamatan serta kedaulatan negara.

“Oleh yang demikian, PAS turut mendesak agar ‘mekanisme’ dan ‘operasional’ yang lebih kukuh perlu diwujudkan dikalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan institusi perkapalan antarabangsa,”tegasnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan