Tindakan Segera Selesai Masalah Sampah

426

KUALA TERENGGANU – PAS DUN Kijal mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah dengan membina sebuah rumah sampah bernilai RM 20.000.00 di kawasan tersebut.

Pengerusinya, Ustaz Hazri Jusoh berkata, masalah yang berlaku di Kampung Lebuk Lesong dapat diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah, saya mengambil tindakan serta-merta menangani isu sampah bertaburan di luar tong sampah serta mengeluarkan bau busuk yang menjadi rungutan penduduk di Kampung Lubuk Lesong,” jelasnya.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN tersebut berkata demikian ketika ditemui dalam tinjauan ke rumah sampah, pada semalam.

Turut Hadir adalah Wakil KETENGAH, Majlis Perbandaran Kemaman, Pengerusi JPKK Lubuk Lesong serta wakil Pemuda DUN.

Menurutnya, ia adalah kerjasama dari beberapa pihak antaranya, KETENGAH, MPK, JPKK Lubuk Lesong.

“Pembinaan itu penting memandangkan kampung tersebut tidak mempunyai rumah sampah yang boleh menempatkan tong-tong sampah komunal yang sistematik serta teratur,” ujar Ustaz Hazri.

Justeru itu beliau berharap agar para penduduk Lebuk Lesong dapat memanfaatkan dengan sebakk mungkin dan bertanggungjawab menjaga rumah sampah tersebut.